My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 21 June 2016

    Jururawat Berdepan Pengalaman Pahit Kereta Dipecah, Beg Tangan Dilarikan

    DIPECAH: Cermin kereta hadapan penumpang dirosakkan pencuri pagi semalam.

    Seorang jururawat berdepan pengalaman pahit selepas cermin kereta hadapan tempat duduk penumpang dipecah individu tidak dikenali, melarikan beg tangannya yang diletakkan di tempat duduk penumpang pagi semalam. 

    Kejadian itu disedari mangsa yang berusia 51 tahun, selepas selesai berjoging sekitar jam 5.45 pagi di Kompleks Sukan Limbang apabila mendapati cermin hadapan penumpang dipecahkan manakala beg tangannya diletakkan di tempat duduk terbabit lesap.

    Ketua Polis Daerah Limbang Suprintenden Mohd Bukhori Saffai berkata antara barang hilang termasuk wang tunai RM30, kad pengenalan dan pelbagai dokumen berharga milik mangsa. “Mangsa tidak mengesyaki mana-mana individu terlibat dalam kejadian itu. Kami sedang menggiatkan usaha mengenal pasti suspek terlibat,” katanya di sini, semalam.

    Mohd Bukhori berkata, polis juga menggiatkan rondaan sebelah petang, malam dan awal pagi di beberapa kawasan bandar ini. Dalam kes berasingan, polis berjaya menemui semula motosikal dipercayai curi dengan tertangkapnya seorang lelaki di sebuah rumah di Kampung Ipai tengah hari kelmarin.

    Suspek berusia 37 tahun, ditahan sepasukan polis diketuai Inspektor Mohamad Hairie Awang Akub sekitar jam 12.27 tengah hari. Mohd Bukhori berkata, sebuah motosikal Yamaha berwarna biru hijau dirampas dengan nilai RM2,000.

    “Suspek direman esok (hari ini) dan siasatan diteruskan untuk mengenal pasti suspek-suspek lain selain mengesan motosikal curi sekitar bandar ini,” katanya di sini, semalam. Kes terbabit disiasat di bawah Seksyen 379, Kanun Keseksaan.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Jururawat Berdepan Pengalaman Pahit Kereta Dipecah, Beg Tangan Dilarikan Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top