
Hasilnya, seawal minit ke 5, Fabien Schaer telah menjaringkan gol tunggal perlawanan bagi memastikan Switzerland memulakan kempen mereka dengan langkah kanan.
Turut berlangsung semalam 2 perlawanan yang membabitkan kumpulan B dimana pasukan underdog, Wales membuktikan kehadiran mereka di Euro kali ini bukan hanya sekadar melengkapkan pasukan yang bertanding. Diketuai oleh pemain termahal dunia, Gareth Bale, Wales membuka tirai jaringan pada minit ke 10 menerusi sepakan percuma deras Bale.

Dia cuma memerlukan 10 minit diatas padang untuk meletakkanWales kembali dihadapan dengan satu tolakan leret yang jelas memperdayakan penjaga gol Slovakia, Kozacik. Keputusan berkenaan kekal sehingga tamat permainan.
Disebalik reputasi besar England yang tidak pernah tewas pada peringkat kumpulan sebelum ini, aksi yang ditampilkan England sewaktu menentang Rusia jelas tidak menggambarkan reputasi sebenar England di peringkat Eropah. Memulakan perlawanan dengan meletakkan Adam Lalana dan Raheem Sterling di kiri dan kanan pasukan, jelas tekanan besar menyebabkan jentera penting England ini gagal berfungsi.

Jelas sekali keputusan ini begitu mengecewakan ramai pihak di saat England diletakkan antara pasukan pilihan pada kejohanan kali ini.
Berikut adalah keputusan penuh perlawanan yang berlangsung semalam dan awal pagi tadi.
Switzerland - 1 (Fabien Schaer - 5)
Albania - 0
Wales - 2 (Bale - 10, Robson Kanu - 81)
Slovakia - 1 (Ondrej Duda - 61)
England - 1 (Eric Dier - 73)
Slovakia - 1 (Vasili Berezutki - 90 +2)
0 comments:
Post a Comment