My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday, 27 June 2016

    Bila Hati Seorang Ibu Berubah Menjadi Hati Syaitan!!!




    Setiap manusia dilahirkan menerusi rahim seorang wanita yang dipanggil ibu. Sudah menjadi naluri bagi seorang ibu, menyayangi anak-anaknya dan sanggup melakukan apa sahaja demi anaknya. Jarang kita mendengar seorang ibu sanggup bertindak kejam berhati syaitan dengan membiarkan anaknya mati akibat kerakusan nafsu seorang ibu.

    Inilah yang berlaku kepada seorang kanak-kanak yang berusia dua tahun, Mohamad Daniel Mohamad Nasser. Mohamed Daniel menemui ajal akibat didera oleh ibu dan teman lelakinya. Difahamkan, perbuatan suspek terbongkar mangsa meninggal dunia pada 23 November 2015 akibat kecederaan teruk selepas lima minggu di dera.

    Bayangkan, selama lima minggu, Mohamed Daniel terpaksa menerima penderaan seperti memaksa mangsa memakan cili kering. Dia juga ditendang, ditampar dan dipijak setiap hari. Ada ketikanya, mangsa dipaksa berdiri berjam-jam lamanya sambil meletakkan kedua-dua tangan di atas kepala dengan hanya memakai lampin, sehinggakan mangsa boleh tertidur ketika berdiri.

    Jika si ibu syaitan berkenaan melihat Mohamed Daniel tertidur, dia mula menampar muka dan dada Mohamed Daniel untuk mengejutkannya dari tidur. Pernah rakannya yang tinggal di dalam flat yang sama melihat darah mengalir dari mulut Mohamed Daniel apabila ibunya menderanya.

    Apabila Mohamed Daniel terjatuh ke lantai, ibunya akan memintal kedua-dua tangan anaknya itu dan memijaknya. Dia kemudian mengangkat budak itu ke tandas dan menukar lampinnya, sebelum memaksanya terus berdiri dengan tangannya diletakkan di atas kepala.

    Sehari sebelum kematiannya, Mohamed Daniel didera selama berjam-jam lamanya. Sekitar 10 pagi, apabila budak itu enggan makan sarapannya, ibunya telah menampar Mohamed Daniel. Si ibu memberikan semangkuk sarapan itu kepada teman lelakinya yang turut cuba memberi budak itu makan.

    Apabila mangsa tetap enggan makan, si ibu dan teman lelakinya telah menampar Mohamed Daniel beberapa kali sambil si ibu itu juga turut memukul bahagian belakang tubuh budak itu sehingga mangsa terjatuh ke lantai. Apabila Daniel tidak bangun dari lantai, Zaidah memijak dada anaknya itu sebelum menarik lengannya.

    Tidak tahan dengan asakan berkenaan, akhirnya Mohamed Daniel menjamah jua dua atau tiga sudu makanan, namun enggan makan lebih banyak daripada itu. Sejurus selepas dia makan, kedua-dua manusia syaitan berkenaan menyuruh mangsa berdiri di satu sudut.

    Sekitar 7.00 malam pada hari itu, kanak-kanak itu tersandar pada katil kerana letih setelah berdiri sepanjang hari. Apabila pasangan syaitan itu melihat keadaan mangsa, mereka mula menampar Daniel, yang baring di atas lantai dan menutup matanya. Teman lelaki si ibu terus membawa budak itu ke dapur dan memaksanya makan dua sudu cili kering dan terus memaksanya terus berdiri di ruang tamu.

    Pada sekitar 8.45 malam yang sama, Mohameed Daniel menjadi terlalu lemah dan tidak mampu terus berdiri. Ibunya mencubit tubuhnya dan pipinya dan menamparnya beberapa kali. Si ibu menyangka budak itu berpura-pura lemah dan mengadu kepada teman lelakinya. Hasilnya, teman lelaki si ibu menampar budak itu, memijak perutnya hingga Daniel terjatuh ke lantai dan terhentak kepalanya.

    Teman lelaki si ibu kemudiannya memaksa budak itu memakan cili buat kali kedua hari itu. Keesokan harinya, pasangan itu tidak mampu mengejutkan budak itu, dan dua rakan mereka yang tinggal bersama mereka menelefon ambulans. Akhirnya Daniel disahkan meninggal dunia pada 9.11 pagi keesokan harinya.

    Inilah corak penderaan paling keji yang dilakukan oleh pasangan Zaidah, 41 tahun dan Zaini Jamari, 46 tahun di sebuah flat di Telok Blangah, Singapura. Setelah 3 tahun kematian Mohamed Daniel yang penuh tragis, akhirnya pada 23 Jun yang lalu, kedua-dua syaitan ini mengaku salah diatas semua pertuduhan yang dikenakan keatas mereka.

    Pasangan yang mempunyai seorang lagi anak hasil perkongsian haramnya yang berusia 1 tahun, bakal menemui nasib mereka pada 15 Julai kelak. Timbalan Pendakwa Raya, Claire Poh menyifatkan "penderaan fizikal, mental dan emosi" terhadap kanak-kanak dua tahun yang "tidak boleh mempertahankan diri sendiri" itu sebagai "kejam dan tidak berperikemanusiaan."

    Dalam perkembangan yang sama, Pendakwa Raya mengambil masa beberapa minit untuk membacakan di mahkamah senarai lebih 40 kecederaan yang dialami pada tubuh mangsa semasa bedah siasat.

    Antaranya, mangsa didapati mengalami keretakan tulang rusuk dan pendarahan dalam otak. Hakim Daerah Bala Reddy mengarahkan pegawai mahkamah menunjukkan kepada pasangan itu, yang berdiri bersebelahan satu sama lain di kandang tertuduh, gambar-gambar kecederaan yang mereka lakukan sendiri kepada Daniel.

    Namun, pasangan itu tidak menunjukkan sebarang reaksi, yang jelas menunjukkan mereka tidak menyesali diatas setiap perbuatan mereka. Apabila ditanya sama ada mereka mahu berkata apa-apa, kedua-dua mereka mengambil kesempatan itu untuk merayu dijatuhi hukuman lebih ringan.

    Dalam hujah yang sama, Mahkamah diberitahu, anggota paramedik dan polis bertanya kepada pasangan berkenaan, mengapa tubuh mangsa berlebam-lebam, pasangan itu berbohong dan berkata budak itu biasa mencubit dirinya sendiri dan jatuh tersungkur di tandas.

    DPP Poh berkata pasangan itu langsung tidak menyesali perbuatan mereka itu Bahkan, menurut DPP Poh, pasangan itu pulang ke rumah dan menonton televisyen setelah disoal siasat polis tentang kematian budak itu. Justeru DPP Poh menyeru mahkamah mahkamah menjatuhkan hukuman penjara sekurang-kurangnya sembilan tahun dan 12 kali sebatan untuk Zaini serta hukuman penjara lebih berat untuk Zaidah.

    Atas kesalahan menyebabkan kecederaan teruk hingga menyebabkan kematian, pasangan itu boleh dipenjara sehingga 10 tahun dan didenda atau disebat. Atas kesalahan penderaan kanak-kanak, mereka boleh dipenjara sehingga empat tahun dan/atau didenda sehingga S$4,000 bagi setiap tuduhan.

    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Bila Hati Seorang Ibu Berubah Menjadi Hati Syaitan!!! Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top