My Blog List

Translate

  • PANAS

    Sunday 12 June 2016

    Ibu, Anak Tampil Sedondon


    Prinsipessa bermaksud puteri dalam bahasa Itali dan amat serasi dengan ilham setiap tudung keluaran jenama tempatan itu yang mempunyai perincian teliti bagi setiap koleksinya. Setiap rekaan diberi perhatian penuh, daripada anak tudung hingga tudung segera menggunakan fabrik mewah dengan rekaan menawan dan selesa dipakai sepanjang hari. 

    Jenama itu menawarkan hampir 20 rekaan dan lebih 130 pilihan warna dengan harga bermula hanya daripada RM8 sehingga RM88 setiap helai. Biarpun tidak meletakkan harga tinggi, kualitinya tetap dijaga selain kelihatan anggun apabila digayakan.

    Antara koleksi yang mendapat permintaan tinggi ialah Mawar, Melati, Daisy, Tulip dan Buttercup. Koleksi terbaru yang semakin popular pula ialah Camelia, Lavender, Ixora, Dahlia, Akasia dan Peony. Anak tudung, koleksi Cempaka yang mempunyai 10 pilihan warna untuk memudahkan padanan dengan tudung.

    Pelbagai rekaan tudung daripada biasa hingga tudung segera ditawarkan mengikut cita rasa pelanggan yang berbeza. Malah, koleksi turut menawarkan rekaan ringkas hingga kepada gaya lebih glamour. Sesuai digayakan untuk formal mahupun kasual, tudung jenama itu mudah dan selesa digayakan setiap peringkat umur.

    Sempena Aidilfitri akan datang, jenama itu turut menghasilkan tudung segera untuk ibu dan anak, Akasia dan Alyssa. Khusus untuk pemakai yang mahu tampil sedondon dengan anak mereka pada hari raya, ia membariskan lebih daripada 10 kombinasi warna berbeza dan segar.

    Pemilihan materialnya didatangkan dengan fabrik berkualiti tinggi supaya ibu dan anak kelihatan manis dan glamor menyambut lebaran. Akasia dan Alyssa boleh didapati dengan harga RM100 setiap set. Fesyen dan keselesaan juga kesempurnaan berhijab diperhalusi dalam setiap rekaannya.

    Sopan dalam keanggunan dan praktikal setiap masa. Tampil berbeza dan unik, koleksi jenama itu boleh didapati dalam kotak eksklusif, menjadikannya sesuai untuk diri sendiri, juga boleh dijadikan hadiah berharga kepada seseorang. Ia turut menawarkan peluang menjana pendapatan sampingan kepada mereka yang berminat menjadi pengedar Prinsipessa.

    Variasi pilihan tudung boleh didapati melalui butik talian di www.prinsipessa.com, Instagram TudungPrinsipessa, Facebook TudungPrinsipessa .
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Ibu, Anak Tampil Sedondon Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top