My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 28 June 2016

    Adakah Mahfuz Sedar Bulan Ini Bulan Ramadhan?



    Pengunduran Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dan Datuk Seri Abdul Wahid omar dari kabinet baharu yang dibentuk oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib semalam, terus mendapat pelbagai reaksi pelbagai dari ramai pihak. Paling menarik, reaksi Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar yang tidak habis-habis mengaitkan pengunduran dua orang Menteri ini dengan isu 1MDB.

    Seolah-olah tidak menyedari bahawa bulan ini adalah bulan Ramadhan dimana semua umat Islam dilarang dari mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah, Mahfuz sewenang-wenangnya mendakwa pengunduran mereka ini adalah disebabkan mereka terus bersekongkol dalam isu 1MDB. Malah, beliau cuba untuk mengaitkan isu ini dengan keadaan kelemahan matawang negara sekarang.

    Adakah Mahfuz berada di dunia lain sehingga beliau terkhilaf untuk menilai bahawa isu 1MDB sebenarnya sudah menemui titik penamatnya? Mungkinkah beliau tertinggal dari segi maklumat sehingga beliau sanggup mengandaikan perkara yang tidak benar berhubung perletakkan jawatan Datuk Seri Ahmad Husni dan Datuk Seri Abdul Wahid Omar?

    Mudah untuk disimpulkan bahawa Mahfuz sebenarnya cuba menangguk di air yang keruh dalam situasi ini. Seperti sedia maklum, pengunduran Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah adalah disebabkan masalah peribadi dan keluarga yang menuntut komitmen beliau terhadap masalah peribadinya.

    Bagi Datuk Seri Abdul Wahid Omar pula, beliau tidak mahu meneruskan kontraknya bersama-sama kerajaan kerana beliau lebih berminat kearah konglemerat berbanding berkhidmat didalam sektor kerajaan. Jadi dimana asasnya dakwaan Mahfuz yang mengatakan mereka berundur disebabkan isu 1MDB?

    Jelas sekali, Mahfuz masih sedaya upaya mengaitkan isu berkenaan dengan kerajaan walhal hakikat sebenarnya, isu berkenaan sudah diselesaikan setelah Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara selasai membentangkan hasil siasatan mereka di Parlimen, April lalu.

    Oleh yang demikian, pasti timbul persoalan, adakah Mahfuz sedar bulan ini adalah bulan Ramadhan yang menuntut umatnya bermuhasabah diri dan mengalakkan umat Islam dari menyebarkan berita palsu dan fitnah?

    Pengunduran mereka bukanlah disebabkan oleh masalah 1MDB dan kelemahan ekonomi negara sekarang. Mereka berundur secara baik dimana masing-masing mempunyai alasan tersendiri terhadap setiap keputusan yang mereka lakukan. Berhentilah daripada menjadi ejen penyebar fitnah dan kebencian terhadap kerajaan disaat umat Islam di negara ini sedang bersiap sedia menyambut Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Adakah Mahfuz Sedar Bulan Ini Bulan Ramadhan? Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top