My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday, 10 June 2016

    #PRKSgBesar : DAP Perguna PAN Untuk Musnahkan PAS



    Bukan satu lagi rahsia apabila membicarakan tentang kewujudan PAN dalam arus politik negara. Parti yang ditubuhkan pada September tahun lalu kini dilihat seperti sebuah parti proksi DAP dalam meraih undi kaum Melayu yang gagal diperolehi mereka sejak DAP ditubuhkan, 50 tahun lalu.

    Dengan dianggotai oleh bekas ahli PAS, kewujudan PAN dilihat tidak ubah seperti salinan PAS dimana mereka lebih terbuka dari segi keahliannya daripada PAS. Jika dilihat dari segi persaingan politik, PAN dilihat sedaya upaya untuk memusnahkan PAS tanpa mengira apa jua situasi.

    Lihat sahaja apa yang berlaku semasa Pilihan Raya Negeri Sarawak yang baru lalu dimana 7 daripada 13 kerusi yang ditandingi PAN adalah pertembungan mereka dengan PAS. Ini menampakkan betapa seriusnya mereka mahu memusnahkan PAS dari segenap segi.

    Melihat kepada persaingan PAS dan PAN dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Sungai Besar kali ini, kedua-dua parti saling tunding menunding antara satu sama lain, kononnya mereka saling berusaha menjatuhkan antara satu sama lain. PAS mendakwa PAN cuba meraih sokongan dari ahli PAS manakala PAN pula mendakwa, PAS merosakkan perancangan PAN menentang BN di sini.

    Bukan satu rahsia apabila menyebut kewujudan PAN hari ini. Parti serpihan PAS ini dilihat sebagai sebuah parti Melayu ciptaan DAP untuk meraih undi Melayu. Jadi tidak hairanlah apabila PAS mendakwa PAN lebih fokus kepada menghancurkan parti itu secara perlahan-lahan di Sungai Besar berbanding menumbangkan BN.

    Nyata, dendam kesumat PAN terhadap "parti induknya" hasil bantuan penuh DAP lebih menguasai parti ini dari memfokuskan membantu rakyat. Mereka benar-benar berminat untuk menghancurkan PAS walaupun pada hakikatnya, kedua-dua parti ini ditunjangi oleh kaum Melayu yang beragama Islam.

    Inilah perancangan besar DAP yang mahu melihat kekuatan dan perpaduan pengundi Melayu dihancurkan menerusi perbezaan idealogi politik dimana akhirnya, DAP mudah menguasai sesuatu kerusi hanya menerusi tindakan provokatif PAN terhadap mana-mana pesaingnya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: #PRKSgBesar : DAP Perguna PAN Untuk Musnahkan PAS Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top