My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 21 June 2016

    Siapa Yang Sakit, Rafizi Atau Rakyat?



    Melihat kepada ulasan yang dikeluarkan oleh Ahli Parlimen Pandan berhubung kekalahan PAN pada dua Pilihan Raya Kecil yang lalu, pastinya akan mengundang seribu persoalan berhubung sikap dan tingkah laku Setiausaha Agung PKR ini. Beliau dilaporkan berkata, penduduk di kedua-dua Parlimen ini sebenarnya sakit dan rela di perbodohkan oleh BN untuk kesekian kali.

    Apa yang ditonjolkan oleh Rafizi ini seperti orang tidak mampu untuk menerima kekalahan. Sudahlah sepanjang kempen di kedua-dua Parlimen ini disajikan dengan fitnah berterusan terhadap Datin Seri Rosmah, kegagalan beliau untuk menarik undi kepada PAN pula dikatakan berpunca dari rakyat. Sebenarnya, siapa yang sakit dalam hal ini?

    Ramai penduduk di kedua-dua Parlimen bersetuju bahawa Rafizi adalah seorang yang cukup suka menipu tanpa mengira samada ini bulan Ramadhan ataupun tidak. Sehinggakan, andai sehari Rafizi tidak menipu, maka tidak lengkaplah harinya. Taktik seperti ini sudah cukup lama digunakan Rafizi dan rakyat kini semakin bijak menilai antara penipuan Rafizi dan kebenaran.

    Kali ini, dengan cukup biadab, beliau mendakwa rakyat Sungai Besar dan Kuala Kangsar sakit kerana membenarkan isu rasis dan salah guna kuasa dibenarkan. Sepanjang kempen Pilihan Raya Kecil di kedua-dua Parlimen ini, BN mahupun UMNO langsung tidak pernah menyentuh sensitiviti orang lain.

    Kempen yang dijalankan oleh BN nyata cukup berhemah dan bukannya bersandarkan dengan mamki hamun tanpa mengira tempat dan bulan Ramadhan. Justeru, agak menghairankan bagaimana Rafizi boleh menuduh rakyat didua Parlimen ini membenarkan isu rasis dan menelan bulat-bulat isu berkenaan.

    Nyata sekali, Rafizi sebenarnya yang ditimpa sakit. Beliau menanggung kesakitan "Mortification" atau dalam istilah mudahnya, sakit hati. Usah menghina pilihan Rakyat hanya kerana pilihan berkenaan tidak menepati selera Rafizi. Seharusnya Rafizi menyedari, kesilapannya yang mengakibatkan PAN dan jentera PKR di kedua-dua Parlimen berkenaan mendapat malu.

    Atau mungkin juga Rafizi mengalami sakit 'mental disorder' yang menyebabkan beliau sendiri tidak menyedari, apa sebenarnya yang berlaku dan penghinaan melampaunya kepada rakyat Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Siapa Yang Sakit, Rafizi Atau Rakyat? Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top