My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday 27 June 2016

    Polis Tumpas Sindiket Love Scam


    Sindiket penipuan Love Scam di negara ini seperti tiada kesudahan apabila Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman kelmarin menahan enam warga Nigeria termasuk seorang wanita di sebuah rumah teres dua tingkat di Bandar Sri Damansara, Petaling Jaya di Selangor. 

    Timbalan Pengarah Risikan Operasi JSJK Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Roslan Abd. Wahid berkata, dalam serbuan pada pukul 1 pagi itu, ke­semua suspek berusia antara 24 hingga 35 tahun itu disyaki telah menggerakkan kegiatan jenayah mereka sejak awal tahun lalu.

    Roslan memberitahu, dalam tempoh tersebut, sindiket Love Scam telah mengaut keuntungan lebih RM1 juta selepas berjaya memperdaya 10 mangsa yang terdiri daripada wanita tempatan.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Polis Tumpas Sindiket Love Scam Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top