My Blog List

Translate

  • PANAS

    Sunday 12 June 2016

    Hillary Cipta Sejarah Yang Tersendiri




    Bekas Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Hillary Clinton mencipta sejarah sebagai wanita pertama menerima pencalonan parti untuk bertanding dalam pilihan raya Presiden AS. Lapan tahun selepas beliau ditewaskan oleh Barack Obama, Clinton mengisytiharkan pencapaian bersejarah terbaharu untuk wanita itu kelmarin. 

    Beliau bertekad memecahkan tradisi untuk menjadi Presiden wanita pertama di AS. Clinton meraikan kejayaannya dalam satu majlis di New York malam kelmarin. Beliau memenangi pemilihan Parti Demokrat di enam buah negeri AS terma­suk California.

    “Saya terharu. Saya bimbang keterujaan ini akan menyebabkan saya gementar untuk ber­ucap,” katanya kepada akhbar Washington Post.

    Populariti Clinton kini menghampiri populariti calon Parti Republikan, Donald Trump. Pada malam kelmarin, Clinton sekali lagi merayu kepada penyokong pesaingnya, Senator Bernie Sanders agar merapatkan barisan dan bersatu untuk menentang Trump.

    “Saya percaya ramai penyokong Sanders akan me­nyertai kami bagi memastikan Trump tidak akan menduduki White House,” kata Clinton dalam satu wawancara lain bersama stesen televisyen CNN dari kediamannya di Chappaqua, New York.

    Sehingga kini, Sanders masih enggan mengaku kalah. Malah, beliau berikrar akan meneruskan perjuangannya hingga ke pemilihan terakhir Parti Demokrat di Washington minggu depan dan perhimpunan parti itu pada Julai depan.

    Sementara itu, Trump me­ningkatkan serangannya terhadap Clinton dengan menuduh wanita itu dan suaminya, bekas Presiden Bill Clinton sebagai “menjual akses dan kontrak kerajaan.”
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Hillary Cipta Sejarah Yang Tersendiri Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top