Sepanjang kempen MCA di Parlimen Sungai Besar, ramai yang tertanya-tanya apa program MCA bagi membantu kemenangan BN pada pilihan raya kecil kali ini. Ada yang mendakwa, jentera MCA sukar dilihat di sekitar kawasan Sungai Besar dimana, majoriti kempen di kuasai oleh UMNO dan PAS.
Sesuatu yang kurang diketahui oleh penduduk Sungai Besar adalah, jentera pilihan raya MCA sebenarnya bergerak dengan teratur dengan mendekati pengundi Cina di sekitar Sekinchan dan Sungai Besar. Mungkin kekurangan info menyebabkan apa yang dilakukan MCA tidak begitu kelihatan dalam kempen kali ini.
Kemuncaknya adalah malam tadi apabila jentera MCA mengadakan kempen "grand finale" mereka di Sekinchan. Jika ada yang mengatakan MCA tidak lagi mendapat sokongan penduduk Cina, mereka harus lihat beberapa fakta ini.
Grand Finale berkenaan dihadiri lebih 3,000 orang dimana dewan yang boleh memuatkan kira-kira 2,000 orang penuh sesak seawal jam 8 malam. Pada malam yang sama, DAP menganjurkan Grand Finale untuk calon PAN, juga di Sekinchan. Tinjauan malam tadi mendapati, kira-kira 1,500 sahaja yang hadir dimana mereka menampilkan penceramah import mereka seperti Aziz Isa dan ramai lagi.
Malah, tinjauan rambang yang dilakukan malam tadi juga mendapati, majoriti yang hadir mahu mendengar sendiri amanat Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan janji pembangunan yang akan dibawa oleh calon BN, Budiman Mohd Zohdi ke Sekinchan.
Di Majlis DAP pula, segala jenis sumpah seranah, fitnah dan pelbagai tohmahan palsu dilemparkan tanpa sedikitpun menyentuh tentang pembangunan yang akan dibawa oleh calon PAN andai PAN berjaya memenangi kerusi ini.
Bertindak dari sinilah, kebanyakan pemerhati menyifatkan, ada kemungkinan penduduk Cina Sekinchan akan mula beralih arah dengan memberi kemenangan kepada calon BN dan sekaligus mengajar DAP agar lebih bersopan santun dalam berkempen.
0 comments:
Post a Comment