My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday 15 June 2016

    #PRKSgBesar : Azmin Akhirnya Mengesahkan Beliau Khadam DAP



    Kehadiran Datuk Seri Azmin Ali di kempen PAN di  Parlimen Sungai Besar semalam sememangnya cukup ditunggu-tunggu oleh ramai pihak. Pastinya ramai yang tertunggu-tunggu reaksi dan arah sokongan Azmin memandangkan sejak Hari Penamaan calon yang lalu, beliau memilih untuk mendiamkan diri berbanding menyatakan sokongan beliau samada pada PAN mahupun PAS.

    Tindakan Azmin yang memilih untuk mendiamkan diri ini mendapat reaksi ramai pihak sehinggakan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib mendesak Azmin untuk menyatakan pendiriannya berhubung sokongannya terhadap dua buah parti yang menjadi sekutu Pakatan Harapan dan kerajaan Negeri Selangor yang dipimpin olehnya.

    Jelas sekali, walaupun kehadiran Azmin di Sungai Besar turut dihadiri oleh calon PAS, Dr Abdul Rani Osman walaupun dikhabarkan tidak mendapat jemputan dari PAN, namun ia tidak menghalang Azmin dari menyatakan pendiriannya, sesuatu yang beliau simpan sejak sekian lama.

    Azmin dalam ucapanya semalam akhirnya menyatakan sokongannya kepada calon PAN, Azhar Abdul Shukur dan mengucapkan selamat berjaya kepadanya. Dalam ucapan yang sama, beliau memberi jaminan, jentera pilihan raya PKR yang dipimpin olehnya akan melakukan apa sahaja bagi memastikan kemenangan calon PAN ini.

    Nyata, kenyataan rasmi Azmin ini mendapat reaksi pelbagai dari kem PAS walaupun secara berkiasnya, Azmin turut mengucapkan selamat berjaya kepada calon PAS. Dalam reaksi segera, Dr Abdul Rani memberitahu, itu adalah hak Azmin untuk menyatakan sokongannya namun pada masa yang sama beliau menyerahkan kepada kepimpinan PAS untuk menyatakan pendiriannya.

    Pada masa yang sama, ketika menemui pelbagai pihak di Parlimen Sungai Besar hari ini, mereka menyatakan akhirnya Azmin akur kepada perintah DAP untuk menyatakan sokongannya kepada PAN. Salah seorang jentera PAS yang ditemui memberitahu, Azmin tidak dapat lari lagi dari kenyataan dan Azmin sedar, sebarang pilihannya yang tidak menepati kehendak DAP, pastinya akan mendatangkan kesan kepada kerajaan pimpinannya.

    Kini, para penyokong PAS usah lagi mengharapkan nilai sentimental Azmin dan Presiden PAS yang menyaksikan Azmin beriya-ia mempertahankan PAS dalam kerajaannya. Kenyataan terbukanya yang kini lebih menyebelahi PAN pastinya akan mengguris hati ramai pihak terutamanya para penyokong PAS yang masih menyokong kepimpinannya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: #PRKSgBesar : Azmin Akhirnya Mengesahkan Beliau Khadam DAP Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top