
Kehadiran hampir kesemua pemimpin utama DAP di restoran ini menambahkan lagi rencah majlis ceramah songsang Tun M. Tepat jam 10.20 pagi, Tun M akhirnya tiba di perkarangan restoran ini dan disambut oleh bekas musuh ketat beliau, Lim Kit Siang dan ADUN Sekinchan, Ng Suee Lim.
Sebaik membuka bicara, langsung tidak mengejutkan apabila beliau sekali lagi mengulangi skrip yang sama apabila menyentuh tentang isu derma RM 2.6 bilion, 1MDB, Jho Lo, Terengganu Investment Authority (TIA) dan semua isu recycle yang cukup digemari oleh Tun M dalam setiap ceramahnya.
Malah, Datin Seri Rosmah Mansur yang langsung tidak terlibat dalam urus tadbir negara juga diheret sama dalam ceramah kutuk mengutuk dan huna menghina beliau. Seolah-olah hilang hormat pada bulan Ramadhan, beliau yang jelas kerasukan politik terus menerus menghentam kepimpinan Datuk Seri Mohd Najib walaupun beliau pasti menyedari, ceramahnya diadakan pada bula Ramadhan.

Jadi tidak hairanlah andai melihat Tun M kini sudah sepenuhnya menyertai Pakatan Harapan walaupun beliau menafikan pembabitannya dengan mana-mana parti politik. Bagi yang waras, tidak sukar untuk melihat tindak tanduk beliau yang jelas mahu menjahanamkan kerajaan dengan memilih jalan pembangkang sebagai medium dan pentasnya.
0 comments:
Post a Comment