Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam berhubung isu pembelian banglo di Jalan Pinhorn, Jelutong di sini yang dibeli pada harga lebih rendah daripada harga pasaran.
Guan Eng ditahan sejurus dia selesai mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco kerajaan negeri di pejabatnya di tingkat 28, Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) pada pukul 5.45 petang. Sekitar pukul 2.30 petang, kelihatan sepasukan anggota dan pegawai SPRM berada di pekarangan Komtar.
SPRM dalam satu kenyataan akhbar berkata, tangkapan tersebut dilakukan setelah mendapat arahan dari Pejabat Peguam Negara untuk menuduh Guan Eng dan seorang lagi ahli perniagaan, Phang Li Koon di Mahkamah Sesyen Pulau Pinang hari ini.
0 comments:
Post a Comment