My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday, 27 June 2016

    Mungkinkah PRU 14 Bakal Dipercepatkan?



    Pada 24 Jun yang lalu, kerajaan telah melengkapkan tempoh matang untuk penggal kali ini. Ini bermakna, sebarang kekosongan sesuatu kerusi tidak akan dipertandingkan dan Pilihan Raya Kecil Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar adalah pertandingan terakhir pada penggal kali ini.

    Melihat kepada keputusan tiga pilihan raya iaitu Pilihan Raya Negeri Sarawak pada Mei lalu, Pilihan Raya Kecil Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar yang memihak kepada Barisan Nasional dengan kemenangan yang cukup cemerlang, timbul persoalan, adakah Pilihan Raya Umum ke 14 bakal dipercepatkan?

    Jika melihat kepada keputusan yang diraih oleh Barisan Nasional, kemungkinan berkenaan ada. Ini kerana, Barisan Nasional pastinya mahu mengekalkan momentum yang diraih pada tiga pilihan raya berkenaan. Ini ditambah pula dengan kajian populariti Perdana Menteri hari ini yang telah mencapai 59 peratus.

    Malah, sentimen undi dari kaum Cina yang sebelum ini lebih memihak kepada pembangkang juga harus direbut oleh BN. Ini dibuktikan dengan keputusan yang diraih di tiga pilihan raya yang menunjukkan, majoriti kaum Cina kini lebih menerima pendekatan yang dilakukan oleh BN berbanding sebelum ini.

    Lebih menarik lagi, andai keputusan untuk mengadakan Pilihan Raya Umum lebih awal diambil oleh kerajaan, faktor kekusutan dan pertelingkahan didalam kem pembangkang juga harus diambil perhatian. Seperti sedia maklum, kem pembangkang hari ini jelas berada didalam keadaan tidak tentu arah apabila PKR, DAP dan PAN kini sedang sibuk bertelagah sesama mereka.

    Ditambah pula dengan pendirian PAS yang enggan lagi bekerjasama dengan mana-mana parti dari Pakatan Harapan, pastinya ia bakal memberi keuntungan kepada BN.

    Paling utama, disaat kesemua parti pembangkang hari ini bertelagah sesama mereka, individu yang dapat merapatkan semula kesemua parti pembangkang di Malaysia ini adalah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau yang sebelum ini dijatuhkan hukuman penjara selama lima tahun kerana meliwat, dijangka bakal dibebaskan pada September atau Oktober tahun hadapan.

    Walaupun beliau masih tidak boleh bertanding, tetapi pengaruh yang ada padanya mampu menundukkan Lim Kit Siang, Mat Sabu dan isteri beliau sendiri, Datin Seri Wan Azizah untuk kembali kemeja rundingan dan mencapai kesepakatan bersama. Jika diambil secara politik, ruang masa yang sesuai untuk terus melemahkan pembangkang adalah sebelum Anwar dibebaskan.

    Dengan semua petanda yang telah dihuraikan serba sedikit, pastinya ia memberi gambaran jelas bahawa kemungkinan Pilihan Raya Umum mungkin diawalkan. Ada yang menjangkakan Pilihan Raya Umum ke 14 bakal diadakan pada sekitar bulan Mac atau April tahun hadapan. Malah ada yang menjangkakan, PRU 14 bakal diadakan selepas Aidilfitri tahun hadapan.

    Kesemua keputusan dan tarikh PRU 14 hanya ada ditangan Perdana Menteri dan menjadi hak beliau untuk memutuskan samada mahu mengawalkan PRU ke 14 atau membiarkan tempoh penggal ini berakhir pada bulan Mei 2018. Ianya kekal milik eksklusif Perdana Menteri dan biarlah Datuk Seri Mohd Najib merumuskan apa yang terbaik untuk BN dan negara.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Mungkinkah PRU 14 Bakal Dipercepatkan? Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top