My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday 27 June 2016

    Sajian Terbesar Astro Dengan 200 Program Sempena Syawal Ini



    Sepanjang Syawal ini, Astro menerusi 16 saluran menghangatkan perayaan kali ini dengan menyiarkan lebih 200 program menarik termasuk 119 program baru. Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Datuk Khairul Anwar Salleh berkata, pengisian kandungan tahun ini daripada pelbagai genre berbeza. 

    “Antara yang pasti menarik perhatian ialah koleksi filem pecah panggung sama ada tempatan mahupun antarabangsa, program hiburan dan muzikal, drama menampilkan pelakon popular tanah air.

    “Tidak ketinggalan, program lawak, kanak-kanak dan kandungan premium menerusi Astro First Eksklusif. Segalanya disusun secara berselang seli tanpa henti sepanjang musim perayaan ini,” katanya sewaktu sidang media mengumumkan program menarik Astro sempena Aidilfitri, baru-baru ini.

    Antara filem pecah panggung yang bakal disiarkan ialah Polis Evo, The Journey, Suamiku Encik Perfect 10, Bajrangi Bhaijaan (Hindi) dan Cinta Paling Agung. Program muzikal pula, Ola Raya, Gegar Vaganza Raya, MeleTop Raya, Meletop Kebaboom Raya, Juara Parodi, Nyanyi Bersama, Musika Radja & Hyperact dan Kilauan Emas Otai.

    Astro turut membawakan kembali barisan drama popular bersama hero dan heroin kegemaran ramai seperti Akadku Yang Terakhir Syawal, Dia Semanis Honey Raya, Cinta 11 Syarat Raya, Tuan Anas Mikael: 5 Hari Beraya, Sha Shah & Syawal, #Assalamualaikum Cinta Raya dan Tersuka Tanpa Sengaja Raya.

    Barisan program bercorak pelbagai atau hiburan tontonan seisi keluarga juga ditayangkan seperti Aku Raya Kau Raya Barulah Raya!, Kembara Hadith Open Mic @ Jakarta, Alif & Geng Lumba Balik Kampung, Oops! Raya Pening Lalat, Eats Clean With Anis (Istimewa Raya), Akak-Akak Sangat Raya dan Bonda Bonding Raya.

    Program komedi menggelikan hati pula termasuklah Maharaja Lawak Mega Raya, Sembang Teh Tarik Kaw: Johan, Bocey & Friends serta koleksi filem karya Allahyarham Tan Sri P Ramlee. Program kanak-kanak pula seperti Projek Ceria Popstar Raya 2016, Strawberi Karipap Sesat Kat Paris, Strawberi Karipap Hello Gold Coast dan Super Game Boy Geng Fixie.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Sajian Terbesar Astro Dengan 200 Program Sempena Syawal Ini Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top