Kehadiran Tun Dr Mahathir ke Sekinchan pagi ini semangnya cukup dinantikan oleh penduduk komuniti kaum Cina di sini. Manakan tidak, ADUN Sekinchan, Ng Suee Lim dilihat antara individu yang cukup sibuk menyusun atur perjalanan majlis sejak dari semalam.
Dalam membicarakan kehadiran Tun M di Sekinchan, pastinya semua mata memandang, dimana anak angkat kesayangan Tun M iaitu Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali. Sejak dari hari penamaan calon, beliau bertindak menyisihkan diri dari kempen pilihan raya disini sehinggalah ada desas desus yang mendakwa Azmin akan keluar dari tempat persembunyiannya sebaik sahaja Tun M tiba di Sungai Besar.

Kehadiran Tun M bukan sahaja membawa visi Deklarasi Rakyatnya, malah beliau juga membawa visi menyokong sepenuhnya calon PAN dalam pilihan raya kecil kali ini. Jika Tun M sudah menyatakan pendiriannya, pastinya ia turut sama mempengaruhi pendirian Azmin dalam isu arah mana sokongan beliau dalam pilihan raya kecil ini.
Sebelum ini, Azmin dilihat enggan menyatakan pendiriannya untuk menyokong PAN atau PAS. Beliau lebih selesa memilih mendiamkan diri walaupun pendirian beliau hebat diasak oleh ramai pihak. Justeru, untuk meleraikan begitu banyak tanda tanya berhubung pendiriannya, jika berdasarkan kepada arah sokongan Tun M, pastinya Azmin turut senada dengan Tun M.

Atas alasan inilah, pendirian Azmin sudah dapat dijangka dimana beliau pastinya akan sependapat dan sealiran dengan Tun M dalam menyatakan pendiriannya dengan menyokong PAN. Cuma, beranikah Azmin menyatakan pendiriannya secara terbuka dan sekaligus mengenepikan PAS sebagai rakan sekutunya selama ini?
0 comments:
Post a Comment