My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday, 28 June 2016

    Pesawat Singapore Airlines Terbakar


    Sebuah pesawat milik Singapore Airlines (SIA) terbakar semasa mendarat cemas di Lapangan Terbang Changi semalam selepas berpatah balik berikutan masalah kebocoran minyak enjin. Tiada penumpang atau kru kapal terbang jenis Boeing 777-300 ER itu cedera namun, seorang penumpang menyifatkan detik itu sebagai “di ambang maut”. 

    SIA dalam satu kenyataan berkata, Penerbangan SQ368 itu berlepas dari Singapura apabila paparan amaran minyak enjin memaksa kapal terbang itu berpatah balik. “Enjin kanan terbakar selepas pesawat ini mendarat di Lapangan Terbang Changi sekitar pukul 6.50 pagi (waktu tempatan).

    “Api dapat dipadamkan oleh perkhidmatan kecemasan lapangan terbang, manakala 222 penumpang dan 19 kru penerbangan ini tidak cedera. Semua penumpang meninggalkan pesawat menggunakan tangga dan menaiki bas ke bangunan terminal,” kata SIA.

    Menurut kenyataan itu, para penumpang akan dipindahkan ke sebuah pesawat lain yang akan berlepas ke Milan lewat hari yang sama. SIA juga akan bekerjasama penuh dengan pihak berkuasa berhubung siasatan insiden itu.

    Dalam perkembangan berkaitan, seorang penumpang wanita memuat naik rakaman kebakaran enjin itu di laman sosial Facebook. Klip video selama 49 saat itu dirakam dari tempat duduk berhampiran tingkap dan menunjukkan api menjulang membakar enjin kanan pesawat sebelum berjaya dipadamkan.

    “Saya baru terselamat daripada maut!!!,” kata pengguna Facebook, Lee Bee Yee dalam keterangan berserta klip video itu. Pesawat kami mengalami kebocoran minyak selepas terbang selama tiga jam dan terpaksa berpatah balik. Selepas sampai di Lapangan Terbang Changi dan semasa kapal terbang ini mendarat, enjinnya terbakar. Api menjulang-julang naik,” kata Bee Yee.

    Seorang jurucakap SIA bagaimanapun berkata, kapal terbang itu berada satu jam dan 45 minit di udara sebelum kembali ke Singapura.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Pesawat Singapore Airlines Terbakar Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top