PETRONAS sudah menerima kolum proses pemecah propilena tertinggi dan terberat di Malaysia untuk kemudahan pemecah wap yang terletak di Kompleks Bersepadu Pengerang (PIC) di Pengerang, Johor.
Naib Presiden Kanan dan Ketua Pegawai Eksekutif bagi PETRONAS Refinery and Petrochemical Corporation Sdn Bhd, Colin Wong Hee Huing berkata, pemecah yang diterima pada 25 Jun lalu itu diiktiraf Malaysia Book of Records sebagai kolum proses tertinggi dan terberat di Malaysia.
Beliau berkata, ia melengkapkan lagi pembangunan keseluruhan PIC yang dijangka memulakan operasi kilang penapisannya menjelang awal 2019.
PIC ialah sebuah pembangunan mega dan amat kompleks yang mengandungi 23 kilang memproses untuk kilang penapisan minyak, pemecah wap, petrokimia dan kemudahan berkaitan. Projek itu kini memasuki fasa pembinaan dan ia berjalan mengikut jadual.
0 comments:
Post a Comment