My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday, 14 June 2016

    #PRKSgBesar : Dimana Kelibat Muhyiddin?



    Sejak Tun Dr Mahathir melancarkan serangan, antara orang yang paling rapat dengan beliau adalah bekas Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yasin dan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Shafiee Apdal. Kedua-dua individu ini dilihat cukup rapat dengan Tun M dalam mana-mana aktiviti yang dihadiri oleh Tun M.

    Namun, pada hari penamaan calon yang lalu, Datuk Seri Shafiee Apdal dilihat seperti sudah kembali kepangkuan UMNO dan kembali menyokong kepimpinan yang ada. Malah, beliau sehingga kini tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan yang boleh mengeruhkan hubungan beliau dengan kepimpinan UMNO hari ini.

    Lain pula dengan Tan Sri Muhyiddin. Beliau yang dikatakan antara individu yang dipilih khas oleh Tun M untuk dilantik sebagai Perdana Menteri bonekanya bagi menggantikan Datuk Seri Mohd Najib, dilihat cukup pasif dan menjauhkan diri dari arena politik.

    Tidak seperti sebelum ini, beliau dilihat antara individu yang cukup lantang bersuara dan dilihat begitu ketara penentangannya terhadap kepimpinan utama UMNO. Memasuki episod Pilihan Raya Kecil Parlimen Sungai Besar, beliau terus mendiamkan diri dan langsung tidak bersama-sama dengan Tun M sewaktu Tun M tiba di Sekinchan, Sabtu lalu.

    Kemanakah hilangnya orang kuat Tun M ini? Adakah beliau kini sudah malas untuk terus menjadi boneka dan hamba Tun M dalam siri penentangan Tun M? Adakah beliau gentar beliau akan dipecat dari UMNO berikutan salah laku yang cukup melampau dilakukannya? Paling utama, adakah beliau cukup terkesan dengan pembongkaran skandal hubungan sulitnya dengan isteri orang?

    Kehilangannya dari kem Tun M nyata menimbulkan banyak persoalan dikalangan kem Tun M mahupun pemerhati politik. Mungkinkah beliau telah melupai ikrarnya yang mahu menjatuhkan Datuk Seri Mohd Najib menerusi apa jua tindakan pemberontakannya?

    Lebih melucukan, bukan sahaja Muhyiddin yang menghilangkan diri, anak kesayangan Tun M, Datuk Seri Mukhriz juga turut tidak lagi mengiringi Tun M. Malah, diberitakan, Mukhriz telah keluar negara dan dikatakan enggan lagi bersekongkol dengan Tun M dalam pemberontakannya.

    Kini tinggallah Tun M bersama-sama bekas-bekas musuh politiknya seperi Mat Sabu dan Lim Kit Siang bagi meneruskan impian dan hasrat sonsangnya yang mahu menjatuhkan Perdana Menteri. Sehingga bila Muhyiddin dan Mukhriz ingin mendiamkan diri? Semuanya akan terjawab sebaik sahaja Muhyiddin dan Mukriz membuka mulut bagi mendedahkan apa yang sebenarnya yang berlaku.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: #PRKSgBesar : Dimana Kelibat Muhyiddin? Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top