My Blog List

Translate

  • PANAS

    Sunday 12 June 2016

    Kuasa Magis Messi




    Lionel Messi menjaringkan hatrik dalam tempoh 19 minit bagi membantu Argentina mara ke suku akhir Copa America Centenario selepas membelasah Panama 5-0 semalam. Messi terpaksa menangguhkan penampilan sulungnya dalam kejohanan itu apabila lewat pulih daripada kecederaan belakang, namun jurulatih Argentina Gerardo Martino mengambil tindakan mengejut dengan menyenaraikannya sebagai pemain simpanan sekali lagi. 

    Namun Messi enggan membuang masa untuk menampilkan kepintarannya dalam kejohanan itu sebaik diturunkan pada minit ke-61 untuk menggantikan Augusto Fernandez dengan Argentina mendahului perlawanan Kumpulan D 1-0.

    Penampilan khas yang menakjubkan daripada bintang Barcelona itu bermula dengan gol pertamanya dalam kejohanan itu pada minit ke-68, menerusi penyudahan meyakinkan sebaik rembatan Gonzalo Higuain yang melantun ke tubuh pertahanan Panama itu berada di dalam laluannya.

    Messi terus menyumbang jaringan keduanya sebaik menyambut sepakan percuma ke sudut atas gawang lawan yang disambut sorakan penonton di Soldier Feet pada minit ke-78. Panama yang semakin ketinggalan menyebabkan Messi terus bersemangat untuk menjaringkan hatrik selepas berjaya memperdayakan pertahanan dalam kawasan penalti untuk menjadikan kedudukan 4-0.

    Messi masih mempunyai masa untuk membantu gol kelima Argentina, apabila merembat kencang bagi membolehkan Sergio Aguero menanduk masuk ke gawang lawan pada minit ke-90. Rakan sepasukan Aguero di Manchester City Nicolas Otamendi terlebih dulu membuka jaringan buat Argentina pada minit ketujuh sebaik menanduk sepakan percuma Angel Di Maria dari jarak dekat. 

    “Saya gembira dapat bermain kembali, saya benar-benar mahu bermain malam ini (semalam),” kata Messi.

    “Saya gembira dengan keputusan dan jaringannya.”

    Kehadiran Messi menerima tepukan gemuruh sambil namanya menjadi jeritan. Jurulatih Panama Hernan Dario Gomez, dari Colombia terkejut dengan aksi Messi yang dianggapnya memukau. 

    “Messi bagaikan raksasa. Sebelum dia diturunkan perlawanan, agak seimbang, namun dengan kehadirannya, sedikit kesilapan akan membawa padah,” katanya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Kuasa Magis Messi Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top