My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday, 20 June 2016

    Kumpulan Abu Sayyaf Dedah Video Penggal Warga Kanada



    Kumpulan militan Abu Sayyaf telah mendedahkan satu video ngeri menunjukkan mereka memenggal kepala tebusan warga Kanada, Robert Hall yang dibunuh baru-baru ini. Video berdurasi selama 90 minit itu dipercayai dirakam di dalam hutan di Jolo, selatan Filipina. 

    Ia dimulakan dengan dua militan berdiri membelakangi Hall yang melutut dan berlatar belakangkan bendera kumpulan militan Islamic State (IS). Pada penghujung hayatnya, Hall dilihat memakai kemeja-T berwarna oren dan berseluar hitam, manakala tangannya diikat ke belakang.

    Salah seorang ahli kumpulan itu kemudian memegang kepala Hall, sementara sebelah lagi tangannya memegang sebilah pisau rambo. Tidak lama selepas itu, seorang lagi ahli kumpulan yang memakai topeng muka berdiri di belakang Hall sambil membacakan doa di dalam bahasa Arab yang berlangsung selama 45 saat.

    Sejurus kemudian, Hall dijatuhkan dan lelaki yang bersedia dengan pisau rambo itu terus memenggal kepalanya. Dalam klip video itu kedengaran suara Hall merintih. Kepala Hall yang dipenggal kemudian angkat dan diarak di hadapan kamera sambil kumpulan militan Abu Sayyaf itu melaungkan kalimah Allahu Akbar (Allah Maha Besar) beberapa kali.

    Hall yang berusia 68 tahun telah diculik kumpulan tersebut sejak September 2015. Pada Isnin lalu, kumpulan Abu Sayyaf bertindak mengugut untuk memenggal kepala Hall jika wang tebusan yang diminta tidak dibayar.

    Kepala Hall telah ditemui di dalam sebuah plastik di Sanchez Street berhampiran Gereja Besar Carmelite, Jolo. Bulan lalu, rakan senegara Hall, John Ridsdell turut dipenggal atas alasan yang sama.  
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Kumpulan Abu Sayyaf Dedah Video Penggal Warga Kanada Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top