My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday, 10 June 2016

    Pasukan Belgium Mencatatkan Sejarah Tersendiri




    Belgium dianggap pasukan paling bernilai Euro 2016 apabila 23 pemainnya bernilai lebih £50 juta (RM292 juta) berbanding skuad juara dunia Jerman. Berdasarkan kajian Profit Accumulator, skuad Marc Wilmots itu bernilai £318.9 juta (RM1.86 bilion) berdasarkan bayaran yuran perpindahan terkini bagi 23 pemain yang mewakili setiap negara di kejohanan di Perancis ini. 

    Senario itu meletakkan Belgium sebagai pasukan paling bernilai berbanding Jerman £264.5 juta (RM1.54 bilion), England £189.7 juta (RM1.1 bilion) dan Perancis £183 juta (RM1 bilion).

    Skuad Belgium mempunyai purata yuran perpindahan £13.9 juta (RM81.4 juta) dengan bintang Manchester City Kevin de Bruyne menjadi pemain paling mahal apabila menyertai kelab Inggeris itu dengan bayaran £55 juta (RM322 juta).

    Selain itu, turut menyumbang kepada nilai skuad Belgium itu ialah penyerang Christian Benteke yang berpindah ke Liverpool dengan bayaran £32.5 juta (RM190 juta) dan Eden Hazard yang menyertai Chelsea menerusi kos £32 juta (RM187 juta).

    Kajian itu turut mendapati nilai 552 pemain di kejohanan itu mempunyai bayaran perpindahan keseluruhan sebanyak £2.2 bilion (RM12.9 bilion) manakala yuran perpindahan paling rendah milik skuad Ukraine iaitu £6.2 juta (RM36.3 juta).

    Kelab Sepanyol Real Madrid memiliki dua pemain termahal di Euro 2016 iaitu Gareth Bale dari Wales sebanyak £86 juta (RM505 juta) dan bintang Portugal Cristiano Ronaldo £80 juta (RM469 juta).

    Kajian itu turut menyatakan jika Bale dan Ronaldo membentuk satu pasukan, mereka bakal menjadi pasukan keenam termahal di kejohanan berkenaan dan lebih mahal daripada keseluruhan skuad Itali.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Pasukan Belgium Mencatatkan Sejarah Tersendiri Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top