My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 28 June 2016

    Wajah Penjenayah Dirakam CCTV


    Seorang penjenayah dilihat dalam keadaan terkejut sejurus menyedari perbuatannya dirakam kamera litar tertutup (CCTV). Dalam kejadian jam 1.15 tengah hari kelmarin, suspek dikesan cuba memecah masuk sebuah pejabat di Bandar Manjalara, di sini. 

    Pemilik pejabat itu berusia 39 tahun hanya menyedari pejabatnya dipecah masuk selepas mendapati pintu pejabatnya diumpil dan terbuka. Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner R Munusamy berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang wanita memaklumkan pejabatnya dipecah masuk seorang lelaki berusia 30-an berdasarkan rakaman CCTV.

    “Berdasarkan rakaman, suspek memasuki premis itu melalui pintu hadapan pejabat. Suspek dipercayai menyedari dirinya dirakam namun masih meneruskan niatnya dengan mengumpil pintu pejabat berkenaan,” katanya menerusi satu kenyataan media, di sini, kelmarin.

    Menurutnya, suspek dipercayai bergerak secara bersendirian dan bergiat aktif sejak awal tahun. 

    “Suspek turut giat melakukan aktiviti pecah rumah di kawasan itu. Hasil kegiatan terbaru itu, suspek berjaya melarikan komputer riba dan wang tunai RM1,500. “Individu yang mempunyai maklumat berhubung suspek diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Sarjan Tarmizi di talian 013-4619287,” katanya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Wajah Penjenayah Dirakam CCTV Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top