My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday, 20 June 2016

    Ikat Persefahaman Wujudkan Borneo744


    Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Kementerian Kewangan (MOF) dan Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) untuk mewujudkan Borneo744 yang dijangka siap hujung tahun ini. 

    Borneo744 adalah Bandar Usahawan Lautan Biru (BOET) pertama di Malaysia di Bintawa, Kuching Sarawak, khas untuk golongan belia. Ia adalah satu lagi inisiatif untuk mengukuh dan melengkapi ekosistem keusahawanan nasional menerusi Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS).

    Borneo744 akan menjadi hab tunggal untuk menjana pekerjaan, membangunkan pertumbuhan perniagaan baharu serta memperkaya komuniti menerusi galakan lebih luas dalam aktiviti kreatif dan kesenian yang diterjemahkan kepada usaha berdaya maju secara komersial.

    Sebaik sahaja siap, Borneo744 akan menjadi sebuah bandar untuk golongan belia dalam industri kreatif dan inovatif, termasuk aktiviti berkaitan teknologi; pemasaran dan pengiklanan, seni bina, kraft, rekaan, filem, televisyen, video, fotografi, kemahiran komputer, penerbitan, muzium, galeri, perpustakaan, muzik, dan seni persembahan.

    MoU ditandatangani Pengurus Besar SEDC Soedirman Aini dan Pengarah Unit Strategi Nasional (NSU) Kementerian Kewangan Dr Aminuddin Hassim.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Ikat Persefahaman Wujudkan Borneo744 Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top