Seorang lelaki tergamak mempergunakan isteri sendiri sebagai penyeludup dadah pada bulan Ramadan apabila menyorokkan kira-kira 5.9 kilogram (kg) syabu di dalam sebuah tin biskut untuk diterbangkan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (LTAS) di sini ke Kota Kinabalu kelmarin.
Lelaki mualaf berusia 52 tahun itu dikatakan hanya menghantar isterinya ke LTAS, sebelum wanita berusia 35 tahun yang sudah membeli tiket penerbangan AirAsia bertindak sendirian menyeludup masuk dadah bernilai RM671,822 itu.
Bagaimanapun percubaan pasangan terbabit terbongkar, apabila kedua-duanya ditahan di kaunter mesin pengimbas bagasi di LTAS sewaktu cuba mendaftar masuk beg berisi dua tin biskut dengan bahan yang mencurigakan.
Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Razak Md. Said berkata, pasangan suami isteri itu memberi pelbagai alasan ketika pihak polis mengarahkan mereka untuk membuka sebuah beg pakaian.
0 comments:
Post a Comment