My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday 17 June 2016

    #PRKSgBesar : MCA Seru Kaum Cina Memilih Dengan Bijak



    Pilihan Raya Kecil Parlimen Sungai Besar bakal diadakan awal pagi esok. Bagi pihak Barisan Nasional, kesemua jentera BN dilihat sudah bersedia untuk mengharungi detik getir esok dan antara parti yang begitu sibuk menguruskan pengundi esok adalah MCA.

    Menerusi tinjauan yang dilakukan penulis petang tadi, rata-rata jentera MCA dilihat sudah cukup bersedia untuk mengharungi detik pilihan raya ini. Ini ditambah dengan pusat tumpuan mereka adalah terletak di Sekinchan yang dikenali sebagai kubu kuat DAP di Sungai Besar.

    Menariknya, ketika menemui beberapa orang jentera pilihan raya MCA sebentar tadi, mereka menzahirkan perasaan puas hati mereka dengan penerimaan kaum Cina di DUN ini. Menurut mereka, penduduk Cina di sini tidak lagi begitu mudah terpengaruh dengan dakyah sonsang pembangkang apatah lagi penipuan yang cukup giat disebarkan oleh DAP sejak akhir-akhir ini.

    Paling utama, keyakinan yang ditunjukkan kepada jentera pilihan raya MCA untuk membela nasib kaum Cina di Sekinchan juga dilaporkan meningkat. Peningkatan ini banyak disumbangkan oleh kesilapan berkempen DAP yang lebih suka memupuk kebencian dari memikirkan bagaimana mahu membawa pembangunan ke Sekinchan.

    Justeru itu, MCA amat berharap, sentimen yang ditunjukkan sejak akhir-akhir ini diterjemahkan diatas kertas undi dan sekaligus membolehkan BN memenangi Pilihan Raya Kecil ini. Mereka juga turut menyatakan komitmen mereka membantu mana-mana individu di Sekinchan yang tidak mampu ke pusat pengundian.

    Malah, MCA juga amat berharap, semua pengundi yang layak mengundi untuk keluar mengundi awal bagi mengelakkan cuaca yang tidak menentu nanti.


    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: #PRKSgBesar : MCA Seru Kaum Cina Memilih Dengan Bijak Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top