My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday, 28 June 2016

    PAN Berminat Menghimpunkan Ahli Politik Terbuang



    Tidak semua parti politik dapat berkembang hanya kepada mencari ahli baharu. Paling utama, seseorang pemimpin bukan di bentuk dalam masa yang singkat. Ianya lahir dari bakat dalaman dan pengaruhnya akan kelihatan sewaktu beliau berhadapan dengan orang ramai. Inilah prinsip asal kelahiran seseorang pemimpin.

    Namun lain pula halnya dengan Parti Amanah Negara (PAN). Parti serpihan PAS ini sebenarnya dilahirkan daripada pemimpin-pemimpin PAS yang kecewa gagal menawan dan membawa PAS mengikut kemahuan mereka. Oleh yang demikian, semua pemimpin dan ahli PAS yang kecewa membawa diri lalu membentuk PAN yang ada pada hari ini.

    Sebaik ditubuhkan, sasaran mereka adalah memikat hati ahli PAS untuk menyertai mereka. Malangnya, usaha mereka sehingga kini masih belum menampakkan kemajuan memberansangkan. Ini dibuktikan dengan tiga Pilihan Raya yang baru berlangsung baru-baru ini.

    Pada Pilihan Raya Negeri Sarawak bulan lalu, 98 peratus calon PAN yang bertanding, hilang wang deposit mereka. Begitu juga dengan Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Kangsar dan Parlimen Sungai Besar. Sewaktu tempoh berkempen, mereka menzahirkan keyakinan untuk menumbangkan PAS dan BN di kedua-dua kerusi ini.

    Namun, sebaik sahaja rakyat didua Parlimen ini membuat keputusan, PAN masih jauh ketinggalan dari segi bentuk sokongan walaupun kesemua jentera pilihan raya DAP turun membantu. Malah, kehadiran Tun Dr Mahathir juga turut sama gagal membantu melonjakkan sokongan rakyat kepada PAN.

    Kini, apa lagi yang mampu dilakukan oleh PAN selain memujuk dan menarik ahli UMNO yang disingkirkan dari UMNO menyertai mereka. PAN dikhabarkan telah membuka pintu seluas-luasnya kepada Tun Dr Mahathir, Datuk Seri Mukhriz, Tan Sri Muhyiddin Yasin dan ramai lagi bekas ahli UMNO yang mengkhianati parti.

    Syaratnya mudah, sesiapa yang mahu menyertai parti ini, mereka harus faham erti perjuangan mereka yang kononnya mahu mewujudkan sebuah negara yang tidak mementingkan bangsa serta kesaksamaan. Bukankah ini teras perjuangan DAP yang mereka perjuangkan sejak tertubuhnya DAP hampir 60 tahun yang lalu?

    Apa yang pasti, PAN sebenarnya ketandusan pemimpin berkaliber untuk menarik sokongan. Jadi dengan langkah mempelawa mereka yang jelas terbuang ini diharapkan dapat menarik seberapa ramai penyokong pemimpin-pemimpin terbuang ini kedalam PAN. Mereka tidak lagi memfokuskan untuk melebarkan pengaruh mereka dengan cara mereka sendiri.

    Dengan ini, PAN dapat membuktikan kepada "penaung" mereka, DAP serta seluruh negara bahawa merekalah penyelamat karier ahli politik terbuang ini. Secara tidak langsung, mereka menghantar isyarat bahawa mereka mempunyai cukup pemimpin untuk menumbangkan PAS dan BN pada bila-bila masa sahaja.

    Hakikat yang tidak dapat disangkal lagi oleh PAN, parti mereka merupakan parti orang terbuang dan tempat berhimpunnya mereka yang gemar mengkhianati perjuangan parti terdahulu, sama seperti apa yang dilakukan oleh kesemua pemimpin utama PAN hari ini.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: PAN Berminat Menghimpunkan Ahli Politik Terbuang Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top