My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday, 21 June 2016

    Malindo Air, Turkish Airlines Teroka Pasaran




    Malindo Air bekerjasama dengan Turkish Airlines meneroka pasaran baharu, selain membolehkan penumpang mendapat sambungan lebih mudah apabila terbang di antara ASEAN dan Eropah. 

    Ketua Pegawai Eksekutif Malindo Air Chandran Rama Muthy berkata, perkongsian itu membuatkan perjalanan dari rantau ini lancar, memberi ganjaran kepada pengembara yang kerap menggunakan Malindo Air dan menawarkan penumpang pilihan apabila terbang ke Turki dan negara lain.

    “Dengan pengumuman perkongsian dengan Turkish Airlines, Malindo Air terus mengembangkan rangkaian kami termasuk lebih banyak penerbangan dan destinasi. Malindo Air menawarkan pilihan lain untuk perniagaan pengembaraan dalam ASEAN dan ke Australia. Kejayaan perkongsian ini membuka pintu untuk kami kepada perkongsian kod dengan rakan kongsi lain,” katanya.

    Timbalan Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Turkish Airlines Temel Kotil berkata, perkongsian itu memanfaatkan kedua-dua pihak berikutan hubungan yang semakin erat antara kedua-dua negara. Menurutnya, kerjasama Malindo Air-Turkish Airlines menawarkan pelbagai pilihan perjalanan kepada penumpang dan meningkatkan trafik di antara destinasi Eropah dan Asia.

    Malindo Air kini mempunyai lebih 800 penerbangan mingguan ke 40 bandar raya di 12 negara di India, ASEAN, China dan Australia serta akan melancarkan penerbangan ke beberapa bandar raya baru pertengahan tahun ini.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Malindo Air, Turkish Airlines Teroka Pasaran Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top