Kempen Pilihan Raya Kecil Parlimen Sungai Besar bakal berbaki dua hari lagi. Semua parti yang bertanding pastinya sedang sibuk merangka kempen masing-masing bagi memastikan parti mereka muncul pemenang pada 18 Jun ini.
Dipihak Barisan Nasional, semua parti komponen BN benar-benar serius mahu memastikan BN mengekalkan kerusi yang dikuasai sejak sekian lama, kekal dalam genggaman. Dalam hal ini, MCA dilihat cukup bersungguh-sungguh mahu menarik semula undi dari kaum Cina beralih kepada Barisan Nasional.
Pelbagai cara dilakukan oleh jentera pilihan raya MCA yang begitu giat berkempen di kawasan yang majoritinya penduduk kaum Cina seperti di Sekinchan. DUN ini sejak sekian lama dikuasai oleh DAP dan MCA benar-benar komited mahu mengubah senario ini kembali memihak kepada BN.
Oleh yang demikian, menurut satu sumber dari dalam kem MCA di Sekinchan memberitahu, MCA sedang dalam rangka mengadakan kempen Grang Finale di Sekinchan, Jumaat ini. Diberitakan, kempen yang bakal bermula pada jam 8 malam itu telah mendapat permit dari pihak berkuasa dan bakal diadakan di sebuah padang terbuka.
Menurut sumber berkenaan, seramai 6 orang penceramah termasuk calon BN di Parlimen Sungai Besar, Budiman Mohd Zohdi dijangka akan memberi ceramahnya di sini. Paling menarik, MCA dikhabarkan akan menerbangkan seorang penyanyi dari Taiwan untuk menghiburkan penduduk di sana.
Perkembangan ini pastinya membuktikan bahawa MCA benar-benar serius mahu menarik semula undi dari kaum Cina di Sekinchan untuk memberikan undi mereka kepada calon BN. Andai ini berlaku, inilah kali pertama, MCA mengadakan Grand Finale besar-besaran mereka dan pastinya ia merupakan salah satu langkah terbaik MCA merebut undi kaum Cina di Sekinchan dan Sungai Besar.
0 comments:
Post a Comment