Pada tanggal 13 Disember 2016, negara buat kali ke 15 menyaksikan pertabalan Duli Yang Maha Mulia, Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong setelah penggal Paduka Baginda Sultan Kedah, Al-Sultan Al-Mutassimu Billahi Muhibbudin Tuanku Al-Haj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah tamat secara rasminya pada 12 Disember yang lalu.
Pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja kali ke 243 dua bulan lalu, para Paduka Sultan dan Tuan Yang Terutama telah mencapai kata sepakat untuk melantik Paduka Sultan Muhammad ke 5 sebagai Yang DiPertuan Agong yang ke 15. Ini bersesuaian dengan kedudukan baginda yang menjawat jawatan sebagai Timbalan Yang DiPertuan Agong sebelum ini.

Baginda seterusnya melanjutkan pelajaran di Oakham School Rutland, England sehingga 1989 sebelum melanjutkan pengajian dalam bidang Kajian Diplomatik di Kolej St. Cross dan Oxford Centre for Islamic Studies sehingga 1991.
Baginda juga turut melibatkan diri dalam pelbagai pertubuhan kebajikan dan sukan dan juga aktif berperanan dalam organisasi berkaitan dengan keselamatan dan ketenteraan. Baginda telah dilantik sebagai Komander 506 Askar Wataniah berpangkat Brigedier Jeneral (Kehormat).
Dilahirkan dengan nama, Yang Teramat Mulia Tengku Muhammad Faris Petra lbni Sultan lsmail Petra, Baginda merupakan putera sulung Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra ibni al-Marhum Sultan Yahya Petra dan Tengku Anis Binti Tengku Abdul Hamid.
Baginda mempunyai 3 orang adinda iaitu Yang Amat Mulia (Tengku Mahkota) Tengku Muhammad Faiz Petra lbni Sultan Ismail Petra, Yang Amat Mulia Tengku Muhammad Fakhry Petra lbni Sultan lsmail Petra, dan Yang Amat Mulia Tengku Amalin A'ishah Putri lbni Sultan lsmail Petra.
Menerusi beberapa perbualan dengan beberapa orang rakan sebaya Baginda di Kota Bharu, Baginda sememangnya sudah terkenal dengan sikap mesra rakyat sejak dari kecil. Pernah diceritakan bahawa Baginda pernah lari meninggalkan pengawal pengiring Baginda hanya untuk bersama-sama rakan sebayanya dalam menghabiskan masa remaja Baginda.

Agak melucukan, masih ramai yang beranggapan bahawa Baginda merupakan seorang bujang. Hakikat sebenarnya, Baginda pernah mendirikan rumahtangga dengan Tengku Zubaidah Binti Tengku Norudin yang mempunyai susur galur keluarga DiRaja Pattani. Namun, kuasa Allah menentukan, jodoh Baginda tidak lama dengan Tengku Zubaidah.
Dari segi kehidupan, Baginda adalah seorang Sultan yang paling kurang protokol. Diberitakan, ianya adalah atas kehendak Baginda Sultan sendiri yang mahu seluruh rakyat Kelantan boleh bersua dengan Baginda tanpa sebarang halangan yang ketat. Malah, ada dikalangan penduduk di sekitar Kota Bharu pernah melihat kelibat Baginda meronda sekitar Kota Bharu sendirian untuk melihat sendiri kehidupan rakyat yang diketuai oleh Baginda.

Dengan didikan mesra rakyat dan amat mudah didekati, tidak hairanlah Yang Teramat Mulia Sultan Muhammad Ke 5 amat disayangi oleh rakyat Kelantan. Justeru, ramai yang beranggapan, dengan perlantikan Duli Baginda ini, ianya akan lebih mengeratkan hubungan antara Istana dan rakyat jelata.
Sekalung tahniah untuk Duli Yang Teramat Mulia, Paduka Sultan Muhammad V di atasa perlantikan Duli Tuanku menjadi Duli Yang Maha Mulia, Seri Paduka Baginda, Yang DiPertuan Agong yang ke 15.
0 comments:
Post a Comment