My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday 15 December 2016

    Duterte Mengaku Pernah Bunuh Penjenayah


    Presiden Filipina Rodrigo Duterte mengaku pernah membunuh sendiri penjenayah ketika menjadi datuk bandar Davao sebagai contoh kepada polis. Duterte membuat pengakuan itu dalam satu pertemuan dengan sekumpulan ahli perniagaan kelmarin, ketika membincangkan kempen memerangi dadah yang dilancarkannya. 

    Kempen yang dilancarkan Duterte sejak mula berkuasa pada 30 Jun lalu, sudah menyebabkan lebuh 5,000 orang dibunuh, sama ada oleh polis atau orang tidak dikenali. Duterte berkata, dia turut melakukan usaha membanteras penjenayah ketika menjadi datuk bandar Davao di selatan Filipina, selama 20 tahun.

    “Di Davao saya biasa melakukannya sendiri. Saya mahu menunjukkan kepada mereka (polis), sekiranya saya boleh lakukan, mengapa mereka tidak boleh. Saya akan meronda jalanan di Davao dengan motosikal untuk mencari jenayah yang berlaku supaya saya boleh membunuh,” katanya. 

    Duterte berikrar meneruskan kempen itu dan mengecam kumpulan hak asasi manusia serta pentadbiran Presiden Amerika Syarikat Barack Obama yang mengkritik keras tindakannya. “Jika mereka cakap saya takut dan mahu saya memberhentikan (kempen) kerana hak asasi manusia dan individu termasuk Obama, maaf, saya tidak akan lakukannya,” ujarnya.

    Kumpulan hak asasi manusia sebelum menuduh Duterte menubuhkan skuad pembunuh di Davao yang membunuh lebih 1,000 suspek penjenayah. Selepas menjadi presiden Duterte menyeru rakyat dan anggota keselamatan membunuh penagih dan pengedar dadah namun menegaskan beliau dan pasukan keselamatan tidak melanggar undang-undang.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Duterte Mengaku Pernah Bunuh Penjenayah Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top