My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday, 16 December 2016

    Presiden Boleh Dipecat!



    Presiden Filipina, Rodrigo Duterte berdepan risiko dipecat selepas dia mengaku membunuh sendiri penjenayah ketika menjadi Datuk Bandar Davao, kata dua senator semalam. Duterte dalam satu ucapan di hadapan ahli perniagaan pada Isnin lalu berkata, ketika menjadi Datuk Bandar Davao, dia biasa meronda menaiki motosikal mencari penjenayah untuk ditembak.

    “Saya biasa lakukannya sendiri (bunuh penjenayah). Sekiranya saya boleh lakukan mengapa kamu (polis) tidak boleh?” katanya.

    Sejak Duterte menjadi presiden pada Julai lalu, lebih 2,000 suspek penjenayah dibunuh dalam operasi polis yang kebanyakannya cuba melawan ketika ditahan. Lebih 3,000 lagi suspek dadah mati dibunuh individu tidak dikenali dengan pengkritik mendakwa ia kerja skuad pembunuh.

    Senator Leila de Lima, antara pengkritik utama Duterte berkata, pengakuan pemimpin itu boleh dijadikan asas untuk memecatnya. “Ini satu pengkhianatan terhadap kepercayaan awam dan satu kesalahan yang termasuk dalam kategori jenayah berat. Jenayah berat adalah satu asas untuk proses pemecatan presiden yang termaktub di dalam Perlembagaan,” jelasnya.

    Ketua Jawatankuasa keadilan senat, Senator Richard Gordon berkata, ucapan kontroversi itu mendedahkan Duterte dengan kemungkinan proses pemecatan.

    “Apabila dia mengeluarkan kenyataan itu, dia mendedahkan dirinya. Jalan mengikut undang-undang adalah teruskan dengan proses pemecatan,” katanya. Bagaimanapun, Gordon memberitahu, dia tidak terkejut dengan kenyataan Duterte itu.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Presiden Boleh Dipecat! Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top