Amat jarang ramai pihak memperkatakan masa depan kaum Melayu yang menjadi penyokong kepada Pakatan Harapan yang diketuai oleh DAP ini. Ramai pihak sentiasa memberikan tumpuan kepada apa yang akan dilakukan oleh DAP dan gabungan parti yang menyertai pakatan pembangkang ini dari memikirkan, apa nasib kaum Melayu yang menjadi tunggak kepada kekuatan pembangkang ini.
Mungkin ada yang menyatakan, tiada bezanya antara Melayu di bawah kerajaan atau Melayu yang menyokong pembangkang. Namun ramai yang terlupa akan hakikat, masa depan Melayu di bawah kerajaan jauh lebih terbela dari mereka yang sanggup memperhambakan diri untuk pembangkang.
Manakan tidak, kaum Melayu di pembangkang mempunyai 3 buah parti yang berlainan iaitu PKR, PAN dan PPBM. Manakala kaum Cina pula hanya tertumpu pada satu parti iaitu DAP. Andai berlaku pertindihan atau pertikaian, amat mudah untuk DAP menguasai suara kaum Melayu yang sudah siap sedia dipecahkan DAP dalam 3 kumpulan utama.
Malah, dalam semua konvensyen parti pembangkang yang diadakan sejak November lalu, tiada satu parti pun memberi bayangan bahawa hak istimewa orang Melayu wajar di kekalkan. Malah, lebih memburukkan keadaan, kuasa Raja-Raja Melayu yang menjadi tunggak utama kaum Melayu juga seolah-olah dipinggirkan oleh pembangkang.
Jika ada pun, hanyalah mainan bibir di mana agenda terbesar mereka adalah untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional berbanding berbicara tentang nasib kaum Melayu atau membela rakyat untuk penggal yang akan datang andai pembangkang berjaya memenangi Pilihan Raya Umum ke 14.
Andai ada agenda mengenai hak kaum Melayu dan Bumiputera dibincangkan, pastinya DAP akan mempertikaikan hal ini kerana menurut DAP, hak kesamarataan antara kaum harus di perjuangkan terlebih dahulu sebelum membicarakan nasib sesuatu kaum. Dengan memiliki kerusi Parlimen yang lebih besar dari sekutunya, amat mudah DAP menguasai sebarang perbincangan andai ada yang cuba mengaitkan Melayu dan Islam di negara ini.
Justeru, timbul persoalan, apa nasib kaum Melayu terutamanya penyokong pembangkang andai pembangkang berjaya membentuk kerajaan? Bagi mereka yang melihat masa depan, pastinya mereka enggan membenarkan DAP membawa Pakatan Harapan membentuk kerajaan kerana mereka sedar, masa depan kaum Melayu dan Bumiputera pasti akan malap dan seterusnya berkubur tanpa nesan.
Namun bagi penyokong pembangkang terutamanya kaum Melayu, dengan hati yang penuh hitam, impian mereka hanya satu, untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional walau apa jua cara. Setelah menang, barulah mereka memikirkan masa hadapan mereka. Adakah ini corak pemikiran yang kita mahu?
0 comments:
Post a Comment