Beberapa tahun sebelum ini, Tun Dr Mahathir dilihat berjuang atas kapasiti dan kepercayaannya bahawa apa yang diperjuangkan hanyalah untuk menyelamatkan UMNO dan Malaysia. Perjuangan inilah yang dipasakkan kepada para pentaksubnya sehinggakan ada yang menganggap, apa yang dilakukan oleh Mahathir sebagai suci dan mulia.
Namun begitu, hakikat sebenarnya adalah, Mahathir hanya mahu memastikan semua orang mengikut setiap apa yang diperkatakan olehnya tanpa boleh dibantah. Ini termasuk membenarkan semua projek berkaitan kerajaan disalurkan kepada kesemua kroninya termasuk memastikan warisnya sendiri menguasai kerajaan satu hari kelak.

Inilah maksud sebenar disebalik tohmahan terbaharu Mahathir yang mendakwa, Majlis Istiadat Pertabalan Yang DiPertuan Agong yang bakal berlangsung Selasa depan, dikuasai oleh Barisan Nasional dan Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.
Mana logiknya dakwaan Mahathir ini? Bukankah selama 22 tahun beliau menguasai negara, semua adat istiadat Istana langsung tidak boleh diganggu oleh kerajaan persekutuan? Sebaliknya, semua jemputan waima aturcara majlis, ditetapkan sendiri oleh Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja secara eksklusif dengan panduan dan kemahuan Kebawah Duli Tuanku?
Harus diingat, adalah menjadi hak Kebawah Duli Tuanku untuk menetapkan siapa para tetamu yang pihak istana rasa perlu dan siapa yang pihak istana rasa tidak perlu untuk hadir. Ini bukan mengenai kehadiran majlis kenduri kahwin. Ini melibatkan imej negara serta imej serta kemahuan Ketua Utama Negara, Duli Yang Maha Mulia, Seri Paduka Baginda, Yang DiPertuan Agong.

Sejak zaman Tunku Abdul Rahman sebagai Perdana Menteri, pihak kerajaan langsung tidak boleh sewenang-wenangnya mengganggu apa jua keputusan istana termasuk protokol. Hanya Mahathir sahaja yang pernah menghina institusi istana dengan mengganggu hak kuasa istana terhadap negara.
Adakah itu bukan satu tindakan biadab dari beliau?
0 comments:
Post a Comment