My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday 28 December 2016

    Chelsea Perbaharui Rekod Kemenangan




    Chelsea memperbaharui rekod mereka apabila mencatat 12 kemenangan berturut-turut pada aksi Liga Perdana England selepas menewaskan Bournemouth 3-0 di Stamford Bridge kelmarin. 

    Kemenangan tersebut juga meletakkan skuad kendalian Antonio Conte itu selesa menerajui takhta liga dengan mengumpul 46 mata, sekali gus menghampiri rekod Arsenal yang mencatat 14 kemenangan berturut-turut pada musim 2001/02.

    Walaupun gembira dengan pencapaian menakjubkan itu, namun Conte menggesa anak-anak buahnya agar tidak mudah ber puas hati dengan rentak kemenangan tersebut, sebaliknya sentiasa bekerja keras dalam setiap perlawanan.

    “Amat menakjubkan apabila sebuah pasukan mampu memenangi 12 perlawanan berturut-turut dalam saingan Liga Perdana England kerana cukup sukar untuk melakukannya. Kami perlu meneruskan rentak cemerlang ini dengan melakukan persediaan rapi untuk aksi menentang Stoke.

    “Hari ini (kelmarin), kami bermain tanpa kelibat beberapa pemain penting, namun saya gembira kerana kami masih mampu untuk menampilkan aksi yang cukup bertenaga. Kami perlu kekalkan mentaliti sebegini untuk perlawanan yang akan datang,” ujar Conte.

    Bekas pengendali skuad kebangsaan Itali itu juga turut menghamburkan pujian terhadap pasukan pelawat itu memandangkan skuad kendalian Eddie Howe itu turut beberapa kali mengancam kubu pasukannya yang diketuai Gary Cahill.

    “Kami memanfaatkan aksi di laman sendiri dengan mengutip tiga mata dan saya akui, perlawanan hari ini (kelmarin) cukup sukar. Bournemouth turut mengamalkan corak permainan yang menarik dan mereka hampir berjaya mendedahkan kelemahan pasukan kami,” katanya.

    Pada perlawanan tersebut, Pedro yang memikul tanggungjawab sebagai penyerang utama menggantikan Diego Costa yang digantung satu perlawanan dengan meledak dua gol, sementara Eden Hazard turut mencetak nama selaku penjaring.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Chelsea Perbaharui Rekod Kemenangan Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top