Empat bulan selepas menyertai United, Ibrahimovic sudah pun menjaringkan 13 gol malah membantu Paul Pogba untuk gol pertama pada separuh masa pertama.
Selepas meninggalkan Paris Saint-Germain, penyerang berusia 35 tahun itu mungkin boleh mengambil jalan mudah dan mempertimbangkan persaraannya di dalam liga yang kurang mencabar tetapi masih memberikannya gaji lumayan.
Sebaliknya pemain Sweden itu mencabar dirinya menyarung jersi nombor sembilan di dalam salah satu kelab terhebat dunia. Malah keputusan Jose Mourinho menambah satu lagi bintang dengan ego tinggi di dalam skuad itu memberi manfaat kepadanya selepas 23 perlawanan.
“Saya katakan kepadanya bahawa England bukan tempat terbaik untuk bercuti bagi seorang yang kaya,” kata Mourinho.
“Apabila seorang lelaki kaya dengan karier hebat mahu bercuti dia tidak akan memilih England. Anda datang ke England jika anda mahu berada dalam liga paling sukar di dunia, jika anda mahu membuktikan keupayaan dan jika anda mahu membuktikan apa yang boleh dilakukan. Jadi keputusannya datang ke sini adalah berdasarkan perkara itu.
"Saya benar-benar gembira kerana ia bukan sekadar jaringan tetapi jaringan, kepemimpinan, motivasi yang dimilikinya dan saya gembira dengan pemain bertubuh tinggi itu.”
0 comments:
Post a Comment