My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday 28 December 2016

    Aidijuma Jengah Seberang


    Colors Addiction Sdn Bhd, pengeluar tudung bawal jenama Aidijuma bakal melebarkan sayap perniagaannya dengan menembusi pasaran Indonesia menjelang awal tahun depan. 

    Ketua Pegawai Eksekutifnya, Norjuma Habib Mohamed berkata, pihaknya merancang untuk membuka beberapa kios di pusat beli-belah di sekitar Indonesia sebelum membuka kedai konsep Aidijuma di Jakarta sebelum akhir suku pertama 2017.

    Menurutnya, bagi mengukuhkan lagi kedudukan Aidijuma dalam industri fesyen tempatan, syarikatnya turut merancang untuk membuka dua lagi unit kedai konsepnya di pusat beli-belah Setia City Mall, Setia Alam dan Pulau Pinang bermula tahun depan.

    “Sehingga kini, kami mempunyai 20 kedai konsep di pasaran Malaysia di mana setiap negeri mempunyai sekurang-kurangnya satu cawangan Aidijuma selain sebuah kedai konsep yang sama di Brunei.

    “Justeru, untuk tujuan penambahan kedai konsep berkenaan, kami memperuntukkan anggaran bagi perbelanjaan modal (capex) untuk ketiga-tiga cawangan berjumlah RM50 juta,” katanya sempena Majlis Ulang Tahun ke-5 dan pelancaran kedai terbaru Aidijuma di Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini, baru-baru ini.

    Norjuma berkata, selain membuka kedai konsep di Indonesia, pihaknya juga berhasrat untuk berkolaborasi dengan kedai dalam talian di sana, malah sedang dalam peringkat perbincangan untuk memasuki pasaran Turki.

    “Walaupun keadaan ekonomi dunia kurang stabil, tetapi kami masih mampu mencatatkan jualan yang memberangsangkan dari semasa ke semasa. Tahun depan, kami menyasarkan jualan bagi pasaran Malaysia saja meningkat sehingga 30 peratus lebih tinggi daripada rekod yang diperoleh tahun ini,” katanya.

    Sempena Ulang Tahun kelima jenama berkenaan, Aidijuma memperkenalkan empat rekaan corak terbaru merangkumi Lioness, Songket /Tribal dan Abstract yang boleh digayakan dengan pelbagai cara mengikut kehendak si pemakai.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Aidijuma Jengah Seberang Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top