![]() |
Gambar hiasan |
Sejak akhir-akhir ini, imej DAP cuba dibersihkan oleh sekutunya di dalam Pakatan Harapan terutamanya ahli baru pakatan ini, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM). Malah, Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir sendiri dilihat bertungkus lumus menyucikan imej rasis DAP dengan menuduh Barisan Nasional terutamanya UMNO dan MCA sebagai parti yang rasis.
Sebenarnya, bukan satu rahsia lagi bahawa DAP sememangnya menginginkan kerusi pentaadbiran utama negara. DAP tidak mampu untuk menutup keinginan mereka terutamanya sekali setelah melihat keputusan Pilihan Raya Umum ke 13 lalu yang menyaksikan penguasaan dominan DAP dalam Pakatan Rakyat pada ketika itu.

Persoalannya, bagaimana DAP mampu menguasai negara dan meletakkan pemimpin utama mereka seperti yang mereka rancang? Sebenarnya cukup mudah. Mereka tidak perlu meminda sebarang perlembagaan pun untuk menguasai negara. Cukup sekadar mereka bersabar sedikit untuk melaksanakan visi dan misi mereka membentuk kerajaan yang solid.
Pasti ada yang tertanya, bolehkah DAP melakukan perkara sedemikian? Jawapannya, boleh. Mari kita lihat dua situasi yang ada di negara jiran kita, Singapura. Ada beberapa klausa dalam perlembagaan negara berkenaan yang sewenang-wenangnya dilanggar oleh legasi pentadbiran yang ada pada hari ini.

Satu lagi contoh, bagaimana Perlembagaan negara berkenaan mewajibkan Presiden negara berkenaan dari kalangan kaum Melayu. Benar, semasa Lee Kuan Yew menjadi Perdana Menteri Singapura, sebaik sahaja mengecapi kemerdekaan dari Malaya (Malaysia), Allahyarham Yusof Ishak di lantik sebagai Presiden Singapura yang pertama.
Namun, setelah pemergian Yusof, tiada lagi nama Melayu berada pada hirarki tertinggi negara berkenaan. Jika dinilai dari sudut perundangan, bukankah itu sama sekali telah melanggar Perlembagaan yang ditetapkan di Singapura?
Sebenarnya, apa yang diperlukan DAP adalah sokongan dari para penyokongnya dan penyokong Pakatan Harapan. Mereka tidak akan mampu melaksanakan apa jua perancangan selagi kaum Melayu kekal bersatu terutamanya jika masih ada kaum Melayu yang menghormati institusi Istana yang menyeru kearah perpaduan kaum Melayu berasaskan Islam.

Namun, jika terus dibiarkan, bukan satu perkara mustahil andai satu hari kelak, pentadbiran utama negara akan beralih tangan kepada DAP yang seterusnya akan menjalankan helah liciknya untuk mengganggu Perlembagaan yang telah di tetapkan. Lebih menakutkan andai DAP dan rakan pakatan pembangkangnya berjaya memanipulasikan kedudukan Istana sehingga akhirnya berjaya mewujudkan REPUBLIK MALAYSIA!
0 comments:
Post a Comment