My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 27 December 2016

    Bijak Urus Kewangan



    Ketika beberapa persatuan bola sepak negeri dan kelab berdepan kesukaran membentuk pasukan baharu bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan kerana masalah kewangan, PKNS FC mempunyai cara tersendiri dalam menangani cabaran itu. 

    Walaupun mereka hanya berstatus kelab, PKNS masih dapat terus bertahan untuk bersaing dalam Liga M, malah pembentukan skuad Liga Super dilihat berjalan lancar. Presiden PKNS FC, Siti Zubaidah Abdul Jabar berkata, pihaknya sentiasa berhati-hati dalam menguruskan kewangan kelab bagi memastikan tidak timbul masalah hingga menjejaskan kepentingan pasukan terutama pegawai, jurulatih dan pemain.

    Menurutnya, PKNS tidak menawarkan gaji yang terlalu tinggi kepada pemain pasukan utama berbanding pasukan lain. “Kami cuba memahamkan pemain yang berminat menyarung jersi PKNS mereka tidak seharusnya bermain untuk duit sebaliknya untuk diri sendiri, keluarga dan masa depan. 

    “Sebab itu, kami tawarkan gaji kepada pemain tempatan dalam skuad Liga Super pada kadar yang munasabah iaitu tidak sampai RM20,000 seorang,” katanya ketika ditemui pada kem bina semangat skuad Piala Belia dan Piala Presiden PKNS di HR Resort Kampung Pilin, Rembau, kelmarin. 

    Sebelum ini, beberapa pasukan negeri seperti Kelantan dan Selangor berdepan kesukaran membentuk pasukan kerana masalah kewangan hingga mewujudkan kebimbangan dalam kalangan penyokong pasukan itu.

    Siti Zubaidah mengakui PKNS yang ditaja oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor dan Kappa memerlukan antara RM10 hingga RM13 juta bagi menguruskan pasukan liga utama semusim.

    “Kami perlu menguruskan kelab dengan cekap dan berhati-hati serta menawarkan gaji kepada setiap pemain dalam liga utama berdasarkan kemampuan kewangan. Tambahan pula, PKNS kini mempunyai seramai 400 pegawai dan pemain bermula dari peringkat akademi hingga skuad Liga Super,” jelasnya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Bijak Urus Kewangan Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top