My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday 26 December 2016

    Kementerian Pengangkutan Pandang Serius Tragedi Bas Ekspres


    Tragedi kemalangan maut yang melibatkan sebuah Bas Ekspres di Lebuhraya PLUS berhampiran Pagoh yang berlaku kelmarin, mendapat perhatian Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai. Beliau nyata sedih dengan apa yang berlaku sehingga mengakibatkan 14 orang telah menemui ajal dalam tragedi bas berkenaan.

    Dalam satu kenyataannya semalam, Kementerian Pengangkutan memandang serius tragedi kemalangan berkenaan. Menurut kenyataan yang sama, para pegawai dari MIROS, JPJ dan JKJR telah diarahkan untuk menjalankan siasatan dari sudut keselamatan jalan raya bagi mengenalpasti punca sebenar kejadian.

    Hasil daripada siasatan yang mendalam ini akan digunapakai oleh pihak kementerian untuk membuat penambahbaikan yang diperlukan dari semua sudut bagi mengelakkan kejadian yang sama berulang. 

    Pihak MIROS dengan diketuai oleh Ketua Pengarahnya, Professor Dr. Wong Shaw Voon juga dilaporkan sedang bekerjasama dengan pihak SPAD untuk mengumpul data di kawasan kemalangan. MIROS dan SPAD juga akan bekerjasama untuk mengaudit syarikat pengendali yang berkenaan.

    Maklumat awal daripada pihak polis juga akan dianalisis bagi mengenalpasti punca kejadian. Hasil siasatan dijangka akan diperolehi dalam jangkamasa terdekat. Pada masa yang sama, masyarakat diharap tidak membuat atau menyebarkan sebarang spekulasi sebelum hasil siasatan penuh diperolehi.

    Hormati perasaan keluarga mangsa yang terlibat yang pasti sedang bersedih. Takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban. Para pengguna jalan raya yang lain juga diseru supaya mengambil pengajaran daripada kejadian ini supaya tiada lagi nyawa yang terkorban di musim perayaan ini.

    Dalam kenyataan yang sama, pihak kementerian menyeru supaya orang ramai merancang perjalanan, pastikan keadaan kenderaan dalam keadaan yang baik dan paling penting pemandu adalah sihat dan sesuai untuk memandu. Patuhi peraturan jalan raya dan hormati hak pengguna jalan raya yang lain semasa memandu kerana nyawa setiap manusia itu sangat berharga.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Kementerian Pengangkutan Pandang Serius Tragedi Bas Ekspres Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top