My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday 16 December 2016

    Masuk Lokap Kerana Along



    “Saya serahkan kad bank dan nombor pin kerana itu syarat mendapatkan pinjaman. Saya tidak sangka akaun bank itu digunakan untuk menipu sehingga saya pula ditahan polis,” dakwa seorang lelaki dikenali Mohammad, 32, yang menjadi mangsa penipuan individu daripada syarikat pinjaman wang di ibu kota. 

    Akibat akaunnya digunakan untuk menipu enam individu, Mohammad ditahan reman polis selama dua minggu dan dibebaskan dengan jaminan polis pada 4 Disember lalu.

    Penyelia kebersihan itu berkata, kejadian berlaku selepas dia membuat pinjaman sebanyak RM2,000 kerana masalah kewangan dan berurusan dengan seorang lelaki dikenali sebagai Jason selepas menghubungi sebuah syarikat pinjaman kewangan.

    “Pada 2 Julai lalu, saya bertemu Jason di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Keramat dan saya dibenarkan meminjam sebanyak RM2,000 dengan kadar faedah sebanyak RM600 seminggu.

    "Bagaimanapun, saya dikehendaki menyerahkan kad bank serta nombor pin dan dia memaklumkan kad itu akan diserahkan kembali selepas pinjaman dijelaskan,” katanya selepas membuat aduan kepada Persatuan Keselamatan Pengguna Kuala Lumpur (PKPKL), Cheras, semalam.

    Mohammad berkata, selepas empat bulan dia berjaya menyelesaikan semua pinjaman dan menghubungi Jason untuk mendapatkan kembali kad bank terbabit pada 20 November lalu.

    Katanya, menerusi perbualan itu Jason bersetuju untuk menyerahkan kad bank, namun selang sehari kemudian, dia ditahan polis dari Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Seremban atas kesalahan penipuan membabitkan penggunaan nombor akaun bank terbabit.

    “Difahamkan terdapat enam mangsa dari enam negeri membuat laporan polis akibat diperdaya menggunakan akaun bank saya membabitkan kerugian melebihi RM60,000.

    “Saya direman di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban selama empat hari, IPD Port Dickson (empat hari), IPD Nusajaya, Johor (dua hari), IPD Timur Laut, Pulau Pinang (dua hari) dan dikehendaki hadir di IPD Sibu, Sarawak serta IPD Kuah, Langkawi untuk membantu siasatan berhubung kes sama,” katanya yang membuat laporan di Balai Polis Salak Selatan pada 9 Disember lalu.

    Menurutnya, selepas dibebaskan dengan jaminan polis dia tampil ke PKPKL bagi mendapatkan pembelaan selepas menyedari ditipu lelaki yang menguruskan pinjaman terbabit.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Masuk Lokap Kerana Along Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top