My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday 15 December 2016

    Bodyguard Bunuh Bos Didakwa



    Pe­ngawal peribadi atau bodyguard yang menembak mati ahli perniagaan, Datuk Ong Teik Kwong dan dua orang awam dalam kejadian di Lebuh Raya Tun Dr. Lim Choong Eu, Gelugor di sini, diarah menjalani pemeriksaan mental di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak selama sebulan.

    Keputusan tersebut dibuat semasa tertuduh, Ja'afar Halid, 37, dihadapkan ke tiga mahkamah di negeri ini semalam atas sembilan pertuduhan melibatkan tiga bunuh, lima cubaan membunuh dan satu mendatangkan kecederaan menggunakan pistol Glock 19.

    Di Mahkamah Majistret 1, Ja'afar hanya mengangguk faham atas tiga pertuduhan membunuh yang dibacakan serentak di hadapan Majistret Mohd. Amen Shahul Hamid.

    Ja’afar didakwa membunuh Teik Kwong atau popular dipanggil Datuk M, 32, dan dua lagi individu iaitu Choi Hong Ming, 32, dan Senthil Murugiah, 38, dengan menembak mereka menggunakan pistol Glock 19 dalam kejadian di susur masuk Jambatan Pulau Pinang, Lebuh Raya Tun Dr. Lim Choong Eu pukul 7.15 hingga 7.30 malam, 1 Disember lalu.

    Teik Kwong ditembak di belakang kepala, Hong Ming di dada kiri dan paha kanan manakala Senthil pada dada kiri. Tertuduh hanya mengangguk faham selepas semua pertuduhan tersebut dibacakan ke atasnya. Tiada sebarang pengakuan direkodkan. Ja’afar didakwa melakukan ketiga-tiga kesalahan itu mengikut Seksyen 302 yang membawa hukuman mati mandatori.

    Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Fatin Husin manakala tertuduh tidak diwakili peguam. Di Mahkamah Sesyen 2, Ja'afar mengaku bersalah di hadapan Hakim Irwan Suaibon atas lima pertuduhan cubaan membunuh K. Arivarni, 33, Puoh Bee Joo, 32, Lee Hong Boon, 32, Mohamad Amirul Amin Mohamed Amer, 28, dan Nurul Huda Abd. Aziz, 38.

    Kelima-lima individu terbabit masing-masing ditembak pada bahagian bahu dan dada kiri. Mengikut lima pertuduhan tersebut, Ja’afar didakwa me­nembak mangsa-mangsa ter­babit menggunakan senjata api, tempat dan masa yang sama.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Bodyguard Bunuh Bos Didakwa Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top