My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday, 8 December 2016

    BBC Disiasat Kerana Siar Profil Vajiralongkorn


    Perbadanan Penyiaran British (BBC) disiasat polis Thailand kerana menyiarkan satu profil dalam bahasa Thai mengenai raja baru negara itu, kata pegawai semalam. Tindakan itu diambil selepas profil mengenai Raja Maha Vajiralongkorn itu dianggap menghina pemerintah berkenaan. 

    Thailand mempunyai undang-undang menghina raja yang ketat termasuk sekatan di media dan seni, dan mereka yang didapati bersalah berdepan hukuman penjara.

    BBC kini disiasat selepas pejabatnya di London, Britain menyiarkan profil Vajiralongkorn yang diisytiharkan sebagai raja yang baru pada minggu lalu. Vajiralongkorn mewarisi takhta diraja Thailand susulan kematian bapanya, Raja Bhumibol Adulyadej pada 13 Oktober lalu.

    Antara maklumat dalam profil Vajiralongkorn ialah kehidupan peribadinya yang diketahui di Thailand tetapi sangat jarang disiarkan media seperti tiga perkahwinannya sebelum ini yang berakhir dengan perceraian.

    Artikel dalam talian itu segera disekat tetapi menjadi viral di media sosial sehingga mencetuskan kemarahan penyokong raja yang menuduh BBC menghina Vajiralongkorn.

    Kelmarin, satu pasukan pegawai polis melawat pejabat BBC di Bangkok tetapi mendapati premis itu sudah tidak beroperasi lagi. “Kes ini masih dalam proses siasatan dan saya tidak boleh memberikan sebarang komen,” kata jurucakap polis, Pornchai Chalordej.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: BBC Disiasat Kerana Siar Profil Vajiralongkorn Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top