My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday 22 December 2016

    Pemuda Disyaki Rompak, Bunuh Ibu



    Kes rompak dan bunuh seorang wanita warga emas yang mayatnya ditemui dalam keadaan mulut, kaki dan tangan diikat kain di Kampung Kuala Gris, Dabong, Kuala Krai pada Isnin lalu memasuki episod baharu apabila anak tunggal wanita itu ditahan. 

    Lelaki berusia 35 tahun itu ditahan pada pukul 12.03 malam kelmarin di rumah arwah ibunya, Rohani Musa, 60, semasa dia baru berbaring untuk tidur. Selepas pengebumian ibunya pada petang Isnin lalu, suspek yang masih bujang dan menganggur itu dikatakan menghilangkan diri.

    Timbalan Ketua Polis Kelantan, Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, sebelum itu, polis cuba mengesan suspek namun gagal kerana dia disyaki cuba menyembunyikan diri.

    “Beberapa jam selepas pengebumian ibunya, suspek yang merupakan anak tunggal mangsa disyaki menghilangkan diri. Selepas dua hari mencari, malam tadi (semalam) polis berjaya menahan suspek di rumahnya ketika dia mahu tidur,” kata beliau pada sidang akhbar di sini semalam.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Pemuda Disyaki Rompak, Bunuh Ibu Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top