My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday, 21 December 2016

    Bagaimana Pengganas Islam Dilahirkan?


    Sejak akhir-akhir ini, berita global sentiasa menyajikan insiden pengeboman mahupun serangan yang tidak dijangka-jangka. Keadaan yang agak teruk bolehlah disasarkan kepada Turki dengan hampir setiap hari menerima kesan pengeboman bunuh diri mahupun serangan yang tidak dijangka. 

    Boleh dikatakan, benua Eropah turut sama menjadi sasaran puak pelampau atau pengganas yang sering kali dikaitkan dengan umat Islam. Lihat sahaja apa yang berlaku di Jerman, Belanda, Belgium, Perancis dan beberapa buah negara Eropah yang lain. Timbul persoalan, kenapa semua ini boleh wujud sedangkan Islam merupakan agama yang mudah dan cukup bertoleransi?

    Hari ini, di barat, perkataan Islamiphobia cukup terkenal dan cukup menjadi tabu bagi penduduk barat. Apa sahaja yang ada hubung kait dengan Islam pasti akan dipandang serong walau sebaik mana sekalipun penganut agama Islam ini bergaul dengan penduduk dari pelbagai latar belakang agama seperti Kristian, Buddha dan apa jua agama.

    Tidak dinafikan, sememangnya wujud di kalangan umat Islam yang berfikiran radikal sehingga ada yang memilih untuk menjadi pembunuh walaupun Islam tidak pernah mengajar umatnya menjadi sedemikian rupa. Semuanya hasil daripada penindasan berterusan yang dialami oleh umat Islam di zon-zon konflik yang menyaksikan campur tangan barat dalam konflik berkenaan.

    Mengambil contoh nama Al Qaeda, militan ini sebenarnya adalah satu unit yang dianggotai oleh umat Islam semasa perang Afghanistan - Soviet Union. Mereka bergabung dengan Taliban, puak gerila yang cukup digeruni di Afghanistan. Setelah mengecapi kemenangan mengusir Soviet Union hasil bantuan Amerika, mereka dibiarkan begitu sahaja walaupun pada awalnya, Amerika berjanji untuk membantu mereka.

    Keadaan lebih meruncing apabila Presiden Amerika, George W Bush melancarkan serangan di bumi Afghanistan kononnya mahu mewujudkan keamanan dengan menghapuskan Al Qaeda dan Taliban. Hasilnya, wujud gerakan gerila di hampir pelusuk dunia dan Indonesia, Malaysia, Thailand dan Filipina turut tidak terkecuali dari menerima kesan kewujudan pengganas Islam ini.

    Lihat sahaja gerakan Abu Sayyaf di Filipina, kelahiran Hambali di Malaysia yang beroperasi di Indonesia sehingga menyaksikan insiden pengeboman di Bali dan J W Marriot di Singapura. Semuanya adalah hasil daripada kemusnahan ciptaan Amerika di bumi Afghanistan sehingga lahirnya puak pengganas ini.

    Bagaimana pula dengan Daesh? Kumpulan ini wujud sebaik sahaja Allahyarham Saddam Hussien, bekas Presiden Iraq berjaya digulingkan. Bermula di Mosul, perang saudara yang berlaku di Syria telah menyaksikan mereka mengembangkan sayapnya di Syria dan Iraq.

    Hari ini, setelah kematian Allayarham Osama Ben Laden di Utara Pakistan dan lenyapnya pengaruh Al Qaeda, Daesh pula kini muncul dengan idealogi pengganas yang jauh lebih sadis. Mereka dilaporkan cukup giat melancarkan serangan di hampir seluruh dunia dengan Malaysia juga tidak terlepas daripada sasaran pengganas gila Daesh ini.

    Malah, Abu Sayyaf yang sebelum ini lebih cenderung mengikuti gerak kerja Al Qaeda juga kini sudah mula berani mengibarkan bendera Daesh. Lebih memburukkan keadaan, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishamuddin telah mengeluarkan peringatan bahawa Daesh kini sedang berhasrat untuk menjadikan Asia Tenggara sebagai pusat operasi utama mereka.

    Inilah kesan hasil daripada konflik ciptaan barat terhadap umat Islam. Untuk menyalahkan mereka 100 peratus, adalah sesuatu yang tidak adil. Mereka muncul hasil daripada penindasan dan penderitaan perperangan yang panjang di bumi mereka. Boleh dikatakan, setiap kali Amerika dan barat masuk campur dalam sesuatu perperangan, akan wujudnya satu gerakkan pengganas di dunia.

    Bukan mahu mengangungkan pengganas Islam ini, namun ianya hasil daripada ciptaan barat itu sendiri hanya untuk menakut-nakutkan dunia supaya seluruh dunia bergantung harap kepada mereka semata-mata. Islam agama yang suci, bertoleransi, pencinta keamanan dan penuh ketenangan. Mana mungkin Islam melahirkan pembunuh seperti ini jika tidak disebabkan oleh pengaruh luar yang membentuk mereka menjadi pengganas?  
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Bagaimana Pengganas Islam Dilahirkan? Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top