My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday 9 December 2016

    Jutawan 4 Isteri Perdagang Manusia



    Seorang jutawan bergelar Datuk yang mempunyai empat orang isteri tidak mampu menahan kesedihan apabila menangis teresak-esak sewaktu didakwa atas lapan pertuduhan memperdagangkan lapan individu warga Indonesia untuk dijadikan pekerja restoran di Mahkamah Sesyen di sini semalam. 

    Bagaimanapun, tertuduh Datuk Baharuddin Hamzah, 41, yang mempunyai 13 orang anak mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohamad Kamil Nizam. 

    Mengikut pertuduhan pertama hingga kelapan, tertuduh yang berasal dari Melaka didakwa memperdagangkan tujuh lelaki dan seorang wanita warga Indonesia berusia antara 25 hingga 35 tahun bagi maksud eksploitasi kerja paksa.

    Mereka ialah Surya Bakti, Ibnuzar, Muhammad Murdiwardana Silalahi, Muhammad Syafrizal, Andriansyah Putra, Mohamad Fauzan, Husni Mubaraq dan wanita itu, Vina Widana. Baharuddin merupakan ahli perniagaan yang memiliki kira-kira 10 buah syarikat antaranya berkaitan minyak dan gas serta restoran.

    Kesalahan itu dilakukan di Pusat Perniagaan Puchong (Puchong Gateway), No. 73-1, Jalan Suria Puchong 2, Puchong pada pukul 11.40 pagi, 29 November lalu. Kesemua pertuduhan itu didakwa di bawah Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan boleh denda, jika disabit kesalahan. 

    Terdahulu, tertuduh yang dibawa masuk ke kamar mahkamah oleh beberapa pegawai imigresen kelihatan tenang, namun dilihat mula beremosi dan menitiskan air mata apabila dia dipeluk beberapa ahli keluarganya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Jutawan 4 Isteri Perdagang Manusia Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top