My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday 21 December 2016

    Bayi Koma Disyaki Didera Pengasuh



    Seorang bayi lelaki berusia lima bulan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Umum Sarawak (HUS) akibat kecederaan parah di bahagian kepala disyaki didera pengasuh. Menurut sumber, kanak-kanak malang terbabit dikejarkan ke HUS oleh ibu bapanya selepas mangsa tiba-tiba tidak sedarkan diri sekitar jam 11 pagi semalam. 

    Difahamkan, mangsa kemudian telah diberikan rawatan kecemasan oleh pihak hospital sebelum dimasukkan ke ICU Kanak-Kanak untuk rawatan lanjut. “Mangsa telah dimasukkan ke ICU Kanak-Kanak HUS kerana disyaki didera dan pemeriksaan awal mendapati kanak-kanak terbabit mengalami kecederaan otak dan terdapat kecederaan daging otak serta pendarahan dalam mata.

    “Mangsa (semasa kejadian) diletakkan dalam jagaan pengasuh di sebuah rumah di Matang,” kata sumber.

    Susulan insiden tersebut, satu laporan polis telah dibuat oleh pihak hospital untuk tindakan selanjutnya. Ketua Polis Daerah Padawan Superintenden Aidil Bolhassan semasa dihubungi mengesahkan perkara tersebut dan memberitahu siasatan berhubung kejadian masih dijalankan. 

    “Laporan telah dibuat oleh pegawai perubatan dari wad ICU Kanak-Kanak HUS dan kita difahamkan bayi terbabit masih dalam keadaan koma dan tidak stabil. Setakat ini (petang), siasatan masih dijalankan dan belum ada sebarang tangkapan dibuat,” katanya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Bayi Koma Disyaki Didera Pengasuh Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top