My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday, 22 December 2016

    Jarak 6 Kilometer Tapi Tambang RM 800




    Kadangkala ketamakan seseorang akan memakan dirinya sendiri. Inilah yang berlaku terhadap seorang pemandu teksi di ibu negara yang tergamak mengenakan cas tambang yang tidak masuk akal untuk perjalanan sejauh 6 kilometer.

    Kejadian yang berlaku Sabtu lalu ini telah sedikit sebanyak mencemarkan imej negara di mata pelancong dunia yang berkunjung ke Kuala Lumpur. Semuanya bermula apabila dua orang wanita warga negara Perancis menaiki sebuah teksi di KLCC untuk ke Masjid Negara yang jaraknya tidak lebih dari 6 kilometer.

    Namun apa yang berlaku, pemandu teksi berkenaan langsung tidak mengenakan meter tambang dan mengenakan bayaran sehingga RM 800 untuk perjalanan berkenaan. Merasakan diri mereka terinaya, kedua-dua wanita berkenaan melaporkan penipuan pemandu teksi berkenaan kepada pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat Malaysia (SPAD), di Pudu, Ahad lalu.

    Dalam laporan berkenaan, mangsa mendakwa telah dibawa ke Putrajaya terlebih dahulu sebelum diturunkan di hadapan Masjid Negara. Secara tiba-tiba pemandu teksi berkenaan mengenakan tambang sebanyak RM 800 dan oleh kerana ketakutan, kedua-dua wanita berkenaan membayar tambang berkenaan walaupun sedar diri mereka telah ditipu oleh pemandu teksi berkenaan.

    Menurut SPAD, mangsa telah menyerahkan maklumat lengkap teksi berkenaan seperti nombor pendaftaran serta gambar pemandu teksi berkenaan. Bertindak dari laporan ini, SPAD sedang giat mengesan pemandu biadab ini untuk dihadapkan kemuka pengadilan.

    SPAD turut kesal dengan perbuatan biadab pemandu teksi ini kerana ianya telah mencemarkan nama baik Malaysia. Sepatutnya, pemandu teksi bertindak sebagai duta kecil negara bukan menjadi "pailang" sehingga sanggup melakukan peras ugut seperti ini.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Jarak 6 Kilometer Tapi Tambang RM 800 Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top