My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday, 27 December 2016

    Pemuda Cedera Ditikam Rakan Dalam Sesi Minum Bersama



    Keriangan minum bersama teman bertukar insiden berdarah apabila seorang pemuda cedera ditikam rakan sendiri dalam satu pergaduhan di Taman Cahaya, Landeh dekat sini, kelmarin. Dalam kejadian tersebut, lelaki berusia 34 tahun dikatakan sedang minum bersama beberapa rakan lain ketika menyambut Krismas. 

    Menurut sumber, insiden itu dipercayai berpunca daripada salah faham antara dua rakan lain yang menyebabkan sedikit pertengkaran. Namun, pertelingkahan tersebut gagal dikawal sehingga tercetus pergaduhan.

    Lebih malang, salah seorang kenalan rakannya bertindak menikam bahagian belakang mangsa menggunakan senjata tajam dipercayai pisau. Kesan dari tikaman menyebabkan mangsa kehilangan banyak darah sebelum dihantar ke hospital untuk menerima rawatan lanjut. Bagaimanapun, keadaan mangsa kembali stabil setelah menerima rawatan termasuk menambah darah.

    Menurut sumber, pemeriksaan lanjut mendapati mangsa cedera selepas terkena tikaman sedalam lima sentimeter. Tindakan menikam mangsa menggunakan objek tajam itu dipercayai di bawah pengaruh alkohol berlebihan.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Pemuda Cedera Ditikam Rakan Dalam Sesi Minum Bersama Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top