My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday 29 December 2016

    34 Orang Maut Selepas Minum Todi Di Pakistan



    Seramai 34 orang meninggal dunia selepas minum arak buatan sendiri atau todi menjelang petang Hari Krismas di tengah Pakistan, kata beberapa pegawai semalam. Semua kematian berlaku di sebuah kejiranan Kristian di bandar Toba Tek Singh, 338 kilometer ke selatan Islamabad.

    “Angka kematian meningkat kepada 34 orang selepas 10 orang lagi yang jatuh sakit akibat meminum todi ini meninggal dunia,” kata pentadbir Hospital Ibu Pejabat Daerah, Asif Mehmood Saleemi. 

    Beliau berkata, seramai 105 orang yang jatuh sakit akibat minum arak beracun itu telah mendapatkan rawatan di hospital. Walaupun kilang arak wujud di Pakistan, penjualan dan pengambilan arak oleh orang Islam adalah diharamkan, manakala jualan minuman itu kepada golongan minoriti serta warga asing juga dikawal ketat.

    Golongan kaya di Pakistan membeli arak luar negara pada harga tinggi tetapi penduduk miskin kerap mengambil arak buatan sendiri mengandungi metanol, bahan yang digunakan sebagai cecair antibeku dan untuk dijadikan bahan api.

    Seramai 11 penganut Kristian maut pada Oktober lalu selepas meminum todi di sebuah parti di wilayah Punjab
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: 34 Orang Maut Selepas Minum Todi Di Pakistan Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top